Home » » Umno-BN Wujudkan Dua Undang-undang Berbeza Untuk Menteri, Rakyat

Umno-BN Wujudkan Dua Undang-undang Berbeza Untuk Menteri, Rakyat

Written By canang on Selasa, 11 Januari 2011 | 1/11/2011 09:29:00 PTG

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) menyelar kenyataan terbaru Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Tun Razak yang mempertikaikan dakwaan ke atas Menteri Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim.

Antara lain Najib mempertikaikan kenapa dakwaan yang berlaku pada tahun 2007 dibangkitkan pada tahun 2011. Suka diingatkan, isunya bukanlah masa, sebaliknya isu yang timbul ialah salahlaku jenayah seksual yang didakwa telah berlaku dan tentunya secara tidak langsung boleh menyebabkan kekeruhan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Indonesia.

Isu ini pernah dikemukakan oleh MigrantCare, NGO yang bertanggungjawab mengenai isu kebajikan pekerja Indonesia di Malaysia pada tahun 2007, tetapi tidak ada sebarang tindakan oleh kerajaan pada ketika itu.

Tindakan Najib mengatakan bahawa 'Rais tidak boleh dihakimi sehinggalah siasatan dijalankan' juga adalah satu kenyataan yang sangat tidak bertanggungjawab !

Terbukti wujud dua set undang-undang yang berbeza untuk ahli Umno dan musuh Umno. Di saat Datuk Seri Anwar Ibrahim diserang media, dinafikan hak bersuara, dikecam peribadinya di sebalik perbicaraan mahkamah yang lompong dan belum dibuktikan bersalah, tindakan Najib ini jelas bersifat dangkal.

Sekiranya benar sebagaimana kata Najib bahawa dakwaan ke atas Rais ini perlu disiasat, maka wujud kewajaran mendesak agar Rais digantung tugas atau direhatkan sementara daripada menjalankan tugas selaku ahli kabinet untuk mengelakkan sebarang 'conflict of interest'.

Malaysia tidak harus lupa dengan insiden penarikan diri Rais selaku calon Setiausaha Agung Komanwel pada tahun 2007 dahulu,kira-kira 5 bulan selepas dakwaan merogol amah beliau tercetus. Apakah ada rahsia di sebaliknya?

AMK mendesak agar Najib selaku Timbalan Perdana Menteri ketika itu menjawab persoalan ini pada kadar segera.


Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger