MELAKA: Tindakan segelintir pasangan remaja memadu kasih di beberapa wakaf di Perkampungan Ikan Bakar Terapung (PIBT) Umbai, dekat sini, menimbulkan rasa kurang senang pengunjung medan selera berkenaan.
Pasangan remaja terbabit yang datang menaiki motosikal sering duduk di wakaf berkenaan sambil bercumbuan, malah ada yang melakukan aksi lebih daripada itu.
Pekerja di PIBT Umbai, Sapiah Khamis, 50, mendakwa perbuatan segelintir remaja terbabit ada kalanya melakukan perbuatan terkutuk sambil berbaring dalam keadaan telanjang di atas bangku wakaf.
Menurutnya, perbuatan sumbang remaja yang berusia 20-an itu sudah lama berlaku dan mereka mudah berbuat begitu kerana tiga wakaf itu terlindung pokok bakau serta tumbuhan lain yang merimbun.
“Pernah satu ketika saya menegur satu pasangan remaja yang duduk bermesra di satu wakaf di situ, tetapi menyakitkan hati apabila mereka dengan sengaja melakukan aksi bercium di depan saya.
“Saya hanya mampu menegur perbuatan mereka itu. Bagaimanapun, saya kecewa dan terkilan apabila remaja terbabit sanggup berbuat demikian tanpa malu,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.
Sementara itu, Sapiah berkata, pasangan remaja terbabit berkunjung ke wakaf di situ hampir setiap hari dan tidak mengira waktu iaitu dari pagi hingga Maghrib.
Sehubungan itu, dia berharap pihak berkenaan mengambil tindakan sewajarnya bagi menangani kegiatan kurang sihat di situ.
“Selain itu, pihak berkenaan perlu mencantas bahagian bawah setiap pokok bakau yang merimbun dan melindungi pemandangan wakaf dari bangunan PIBT dan kawasan lapang lain supaya mereka tidak berani atau mempunyai peluang melakukan perbuatan keji itu,” katanya.
Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, masalah berkenaan perlu diatasi segera sebelum ia menjadi kawasan tumpuan pasangan memadu kasih.
Katanya, kemudahan itu disediakan untuk tujuan bersantai dan bukan melakukan perkara tidak sepatutnya.
“Malah, perbuatan tidak sopan dilakukan sesetengah pasangan terbabit dianggap tidak wajar dan bertentangan hukum agama serta nilai budaya bangsa kita.
“Bagaimana jika ada keluarga yang membawa anak masing-masing bersiar-siar di sekitar wakaf berkenaan dan terserempak mereka yang sedang bercumbuan. Sudah tentu ia boleh menimbulkan perasaan malu bagi keluarga berkenaan,” katanya.
Home »
» Wakaf remaja bercumbu
Wakaf remaja bercumbu
Written By canang on Sabtu, 1 Januari 2011 | 1/01/2011 10:41:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan