Home »
» 5 wanita, satu lelaki mangsa kasanova
5 wanita, satu lelaki mangsa kasanova
Written By canang on Rabu, 23 Februari 2011 | 2/23/2011 12:00:00 PTG
KUALA LUMPUR – Hanya dengan kata-kata manis dan menggunakan pelbagai nama samaran, seorang lelaki ka:sanova berjaya menjerat lima wanita termasuk seorang lelaki hingga sanggup menyerahkan wang sejumlah RM60,000.
Malah, lelaki hidung belang itu juga menagih habuan seks daripada mangsa wanita berkenaan sejak Julai lalu hingga awal tahun ini.
Bukan calang-calang kerana semua mangsa wanita itu yang berusia lingkungan lewat 20an terdiri daripada pelbagai latar belakang dan ada antaranya adalah akauntan dan perunding kecantikan.
Kegiatan keji lelaki itu didedahkan Ketua Biro Pengaduan Awam, Datuk Michael Chong setelah empat daripada mangsa tampil membuat aduan di biro terbabit, di sini, semalam.
Menurut Chong, lelaki berusia 31 tahun itu menggunakan nama samaran antaranya sebagai Ken Isaac dan menggunakan modus operasi yang sama sewaktu memperdaya, dengan menjalin hubungan dengan beberapa mangsa secara sekaligus.
“Lelaki itu mendakwa bekerja dalam industri pengiklanan dan menjalankan perniagaan sendiri. Dia guna helah sama untuk menipu mangsa, kononnya mempunyai masalah perniagaan,” katanya.
Tambahnya, kasanova berkenaan bukan saja bijak mengambil kesempatan wang, malah memujuk rayu dengan kata-kata manis hingga mangsa wanita sanggup menyerahkan tubuh kepadanya.
Dalam sidang media di pejabatnya semalam, seorang mangsa hanya dikenali sebagai Tang, 28, mendakwa berkenalan dengan lelaki itu melalui lama sosial facebook.
Mangsa mendakwa mengetahui kegiatan lelaki itu setelah melihatnya bersama seorang wanita lain pada 29 Januari lalu.
Walhal sehari sebelumnya, lelaki itu mendakwa pergi ke Beijing, China untuk bertemu keluarganya.
Katanya, selain meminjam wang, lelaki itu juga menggunakan kad kredit miliknya untuk membeli tiket penerbangan.
“Saya rugi sejumlah RM26,000 dan menuntut dia memulangkan kembali wang saya.
“Bagaimanapun, dia beri pelbagai alasan setiap kali saya meminta dia berbuat begitu,” katanya.
Dalam pada itu, menurut Chong, akibat diperdayakan semua mangsa kerugian lebih RM60,000.
Berkaitan kes sama Chong berkata, sejumlah 22 kes kasanova dilaporkan sejak 2006 membabitkan kerugian kira-kira RM1.6 juta.
Katanya, dua kasanova daripada kes yang dilaporkan itu menjalani hukuman penjara selepas dikenakan tindakan undang-undang.
Jawatan Kosong
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan