Home »
» Amalan Jahilliah dan khurafat yang dimurkai Allah
Amalan Jahilliah dan khurafat yang dimurkai Allah
Written By canang on Isnin, 28 Februari 2011 | 2/28/2011 07:00:00 PG
"Sahabat yang dirahmati Allah,Hidup kita di dunia ini adalah jambatan untuk hari akhirat. Walaupun hidup di dunia ini sementara dan kehidupan di hari akhirat kekal abadi tetapi hidup yang sementara ini adalah sebagai wasilah atau jalan untuk kita mencapai kebahagiaan di sana.
Ramai manusia kecundang menfaatkan masa di dunia dan harta benda yang dimiliki untuk menjadikannya saham akhirat.
Manusia hanya tergila-gila mengejar saham dunia yang menjanjikan keuntungan segera tetapi melupakan saham akhirat . Bentuk pelaburan untuk saham akhirat adalah ketika di dunia ini iaitu apabila kita menggunakan harta untuk sedekah jariah, mengeluarkan zakat, membantu anak-anak yatim dan fakir miskin, membantu jihad fisabilillah, membantu kerja-kerja dakwah dan menyalurkan untuk mengembangkan ilmu yang bermanfaat semuanya adalah saham-saham jangka panjang yang akan membawa pulangan keuntungan yang berlipat kali ganda bergantung keikhlasan kita memberi sumbangan SILA KLIK SINI
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan