Home »
» Artis muslim tergamak jamah babi?
Artis muslim tergamak jamah babi?
Written By canang on Jumaat, 11 Februari 2011 | 2/11/2011 09:30:00 PTG
SUDAH ditetapkan Allah s.w.t bahawa mereka yang beragama Islam diharamkan menyentuh apalagi makan daging babi. Ramai tahu, setiap apa yang ditegah itu pasti ada sebab musababnya, jadi usahlah umat Islam pertikaikan kecuali dalam keadaan darurat yang cukup terdesak.
SS amat kesal dan tersentak dengan cerita yang SS dengar mengenai seorang pelakon lelaki kacak ini. Dia dikatakan sanggup membelakangkan agama berkaitan soal halal dan haram serta mengamalkan sikap bongkak dan perasan bagus 24 jam sehari.
Sumber beritahu SS, aktor ini tanpa segan silu dan rasa bersalah akui menjamah daging terlarang bagi umat Islam itu di depan kru produksi filem ketika dia menjalani penggambaran di luar negara, baru-baru ini.
SS sedar memanglah negara tempat mereka membuat penggambaran itu makanan halal dan tidak halal mudah bercampur aduk, namun artis itu hanya mengambil sikap mudah sedangkan kru lain boleh pula menikmati makanan halal tanpa masalah besar.
Sumber SS cakap, apabila mereka tanya aktor itu apa yang dia sedang jamah kerana tengok macam amat berselera sekali, dengan nada bongkak dan selamba menjawab, itu daging babi. Malah, dia siap puji lagi rasanya cukup enak sekali.
Bagi SS kalau betullah dia berbuat demikian, kita sendiri boleh fikir impak daripada perbuatannya itu, tetapi kalau pun dia hendak buat lawak, ia memang keterlaluan kerana tidak menjaga sensitiviti rakan sesama muslim. Nampak sangat dia sengaja hendak membuat 'provokasi' kerana dia bukannya jenis orang yang kaki berlawak sebaliknya serius memanjang.
Memang pun SS perhatikan sejak berkecimpung dalam arena seni, memang dia dikenali dengan sikap bongkak. Malah, kalau rakan media SS bertembung dengannya pada mana-mana majlis keramaian dan hiburan, memang dia susah lontarkan senyuman, malah berlagak macho tujuh hari seminggu.
Bagi SS, senang saja, kalau awak rasa sudah tidak suka bercampur gaul dengan manusia lain dalam dunia seni, pilihlah kerja di hutan.
Yalah, hidup kita ini perlu saling ingat mengingatkan dan SS harap pelakon itu akan kembali ke pangkal jalan dan menjaga nama baik bangsa dan agama
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan