Home » » Barisan Nasional Bukan Penyelesai Masalah Tetapi Penyebab Masalah - Guan Eng

Barisan Nasional Bukan Penyelesai Masalah Tetapi Penyebab Masalah - Guan Eng

Written By canang on Khamis, 24 Februari 2011 | 2/24/2011 11:00:00 PG


Rakyat seharusnya sedar dan yakin dengan keupayaan diri sendiri bahawa merekalah yang berhak membuat keputusan dalam mendepani masalah bukannya meletakkan semua harapan kepada Barisan Nasional, jelas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Lim berkata demikian mengulas pendirian Pakatan Rakyat berhubung kesedaran rakyat untuk membuat keputusan yang bijak dalam pilihan raya kecil.

"BN bukanlah penyelesaian masalah, sebaliknya BN adalah masalah, oleh sebab itu Pakatan Rakyat harus tunjukan tentang perkara ini supaya rakyat jelas bahawa penyelesaian bukanlah menerusi BN tetapi menerusi diri sendiri," tegas Guan Eng.

Lim berkata demikian dalam satu sidang media selepas Mesyuarat antara Menteri Besar dan Ketua Menteri negeri-negeri Pakatan Rakyat yang berlangsung petang tadi di Ibu Pejabat PKR.

Turut hadir, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Dalam pada itu, Hadi Awang berkata kongkongan media yang berterusan merupakan satu ancaman kepada politik negara kerana ia adalah salah satu punca pemberontakkan rakyat pada negara Timur Tengah dan berharap UMNO-BN mengambil iktinar tersebut untuk berubah.

"Dimana media arus perdana masuk dalam setiap buah rumah, sedangkan kita hanya sebarkan maklumat dengan cara terhad dan tidak mampu memberi jawapan, dan inilah yang berlaku pada negera yang rakyatnya memberontak dan kita harapakan BN malakukan perubahan," ujar Hadi.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger