Home »
» Gadis kena hukum sebat meninggal
Gadis kena hukum sebat meninggal
Written By canang on Sabtu, 5 Februari 2011 | 2/05/2011 08:30:00 PTG
DHAKA: Seorang gadis yang dihukum sebat kerana melakukan hubungan sulit dengan suami orang meninggal dunia selepas menjalani hukuman itu menyebabkan polis menahan empat ulama yang memberi arahan merotan mangsa.
Mosammet Hena, 14, dikenakan 100 sebatan dalam satu fatwa di sebuah perkampungan di daerah barat daya Shariatpur, kata ketua polis kawasan AKM Shahidur Rahman.
Kawasan itu terletak 56 kilometer dari ibu kota ini. Bangladesh adalah negara yang majoriti penduduknya beragama Islam dan menggunakan undang-undang sekular.
Pihak berkuasa mengharamkan mana-mana pihak mengeluarkan fatwa.
Namun, segelintir ulama didapati mengeluarkan fatwa untuk memutuskan isu hubungan di luar perkahwinan.
Gadis berkenaan tiba-tiba rebah selepas dia disebat di khalayak ramai dengan rotan buluh sebanyak 70 kali, Isnin lalu, kata Rahman.
Dia kemudian dibawa dan meninggal dunia beberapa jam kemudian pada hari sama, kata pegawai.
Rahman berkata, lelaki 40 tahun yang didakwa mempunyai hubungan dengan Hena turut dijatuhi hukuman 100 sebatan namun lelaki itu sempat lari dan terlepas daripada hukuman, katanya.
“Kami sedang menjalankan operasi besar-besaran untuk mencari lelaki terbabit,” kata Rahman. – Agensi
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan