Home » » Kaki maksiat guna helah kaburi aktiviti

Kaki maksiat guna helah kaburi aktiviti

Written By canang on Selasa, 8 Februari 2011 | 2/08/2011 08:30:00 PTG


PENDANG – Beberapa penduduk yang tinggal berdekatan Kolam Lembaga Pertanian Muda (Mada) selalu ‘sakit mata’ apabila sering melihat golongan muda sering melakukan maksiat di tempat rekreasi itu dengan berpura-pura memancing di situ.

Tinjauan Sinar Harian ke kawasan berkenaan mendapati, tempat itu menjadi tumpuan orang ramai terutamanya kaki pancing, namun kadangkala tempat itu ‘dikotorkan’ dengan dijadikan tempat melepaskan nafsu terutamanya pada waktu malam.

Penduduk, Ahmad Md Isa, 52, berkata, penduduk sering melihat golongan muda melakukan maksiat dengan berpura-pura memancing apabila penduduk mendekati kawasan itu.

“Golongan muda sering melakukan maksiat di situ dan saya kesal melihat golongan muda menjadikan tempat rekreasi itu sebagai tempat melepaskan nafsu memandangkan kawasan itu terlalu gelap pada waktu malam.

“Tempat itu menjadi tumpuan golongan muda sekitar jam 8 malam sehingga waktu tengah malam dan kadangkala golongan ini berpura-pura memancing,” katanya.

Menurutnya, ada pengunjung yang datang ke kawasan itu dengan meletakan kereta mereka di situ sambil berdua-duaan antara lelaki dan perempuan di dalam kenderaan terbabit, namun penduduk tidak dapat berbuat apa-apa memandangkan mereka dapat sedar kedatangan penduduk.

“Saya sudah bosan melihat gelagat mereka di kawasan ini memandangkan pihak berkenaan tidak memantau kawasan ini dan tiada tindakan diambil bagi mencerahkan kawasan ini sedangkan ada lampu, namun tidak dipasang.

“Pihak berkenaan sepatutnya memasang papan tanda seperti dilarang berdua-duaan di kawasan itu supaya golongan muda takut untuk melakukan maksiat,” katanya.

Ahmad mengharapkan pihak berkenaan mengambil tindakan segera bagi mengawasi kawasan berkenaan kerana ia boleh mencemarkan imej daerah ini.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger