Home » » Kelantan sedia RM 1.5 juta galak perkahwinan pasangan muda

Kelantan sedia RM 1.5 juta galak perkahwinan pasangan muda

Written By canang on Rabu, 16 Februari 2011 | 2/16/2011 10:30:00 PTG


KOTA BHARU - Kerajaan Pas Kelantan melancarkan “Gerbang Az-Ziwaaj” dengan peruntukan RM1.5 juta tahun ini bertujuan menggalakkan 1,500 pasangan muda kurang berkemampuan untuk berkahwin.

Semasa melancarkannya, Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, program bertemakan “Anda Bijak Kerana Berkahwin” itu bertujuan mengelakkan golongan muda dari terjebak dalam perzinaan dan menghalang kejadian buang anak luar nikah.

Melalui program itu, setiap pasangan diberi RM1,000 dalam bentuk cek dan peserta boleh mendapatkan borang permohonan di pejabat kadi, pejabat Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN), kaunter khidmat pelanggan Setiausaha Kerajaan Negeri atau muat turun borang dari laman facebook “Gerbang Az-Ziwaaj” (Gerbang Perkahwinan). - Bernama
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger