Home »
» Kenyataan PedihTengku Zafrul Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Investment mengenai Isa sebagai Pengerusi Felda
Kenyataan PedihTengku Zafrul Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Investment mengenai Isa sebagai Pengerusi Felda
Written By canang on Selasa, 22 Februari 2011 | 2/22/2011 08:00:00 PG
KUALA LUMPUR 21 Feb. – Kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Investment Bank Bhd., Tengku Datuk Zafrul Tengku Abdul Aziz berhubung pelantikan Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad sebagai Pengerusi Felda baru-baru ini merupakan pandangan peribadi beliau.
Ketua Eksekutif Kumpulan Maybank, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, kehadiran Tengku Zafrul pada forum berkenaan adalah atas kapasiti peribadi dan bukannya mewakili organisasi tersebut.
“Beliau sudah memaklumkan kepada saya tentang perkara tersebut dan saya yakin Tengku Zafrul sudah menghantar surat permohonan maaf kepada Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad,” katanya selepas mengumumkan keputusan kewangan separuh pertama 2011 kumpulan perbankan tersebut di sini hari ini
Dalam satu forum baru-baru ini, Tengku Zafrul mengeluarkan kenyataan bahawa pelantikan Mohd. Isa sebagai Pengerusi Felda telah memberi isyarat yang salah kepada pasaran sehingga menyebabkan kebimbangan pelabur.
Kritikan terhadap Mohd. Isa yang dilakukan oleh Tengku Zafrul dan Ahli Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN), Datuk Dr. Zainal Aznam Mohd. Yusof dalam satu forum anjuran sebuah badan pemikir tempatan dengan bersandarkan alasan, imej bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu pernah tercalar dengan isu rasuah.
Berikutan kritikan itu, pelbagai pihak telah mendesak Tengku Zafrul supaya meletakkan jawatan dan ia dilihat seolah-olah mempertikai keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Jelas Abdul Wahid, surat permohonan maaf itu telah ditulis selepas forum tersebut bagi menjernihkan suasana. - Utusan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
Apasal pulak nak kena minta maaf dan letak jawatan? Bukankah dia menyatakan pendapat berdasarkan pengalamannya di dalam pembankan. Adakah PM kita dah jadi diktator, sehingga setiap katanya adalah undang-undang, dan setiap katanya tidak pernah salah? Kalau benda yang dinyatakan itu dipastikan adalah babi, dan semua tahu itu adalah babi, takkan nak dinyatakan itu adalah kerbau. Bodoh punya UMNO.
Catat Ulasan