Home » » Kerajaan Pulau Pinang Sedia 16 Bas ditaja sepenuhnya dalam tempoh 6 bulan Bagi Kurangkan Kesesakan Trafik

Kerajaan Pulau Pinang Sedia 16 Bas ditaja sepenuhnya dalam tempoh 6 bulan Bagi Kurangkan Kesesakan Trafik

Written By canang on Jumaat, 18 Februari 2011 | 2/18/2011 06:00:00 PTG


PULAU PINANG 18 FEB : Penyediaan 16 buah bas BEST adalah komitmen Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diharapkan dapat mengurangkan kesesakan trafik di Jambatan dan jalan pada waktu puncak dan ia dapat mengurangkan kos pengangkutan kerana tambang bas yang ditaja sepenuhnya untuk tempoh masa 6 bulan, kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sempena Lawatan Tapak dan Percubaan Operasi Perkhidmatan BEST hari ini.

Menurut Lim dalam kenyataan medianya berkata dalam bajet 2011 yang dibentangkan pada 2 November 2010 dalam Mesyuarat Dewan Undangan Negeri, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah berjanji untuk mencari inisiatif kreatif dan inovatif untuk mengurangkan kesesakan lalulintas dan beban kewangan warga Pulau Pinang, khususnya golongan bawah.

"Pengguna hanya perlu membayar kos letak kereta sebanyak RM1 sebuah kereta bagi sepanjang hari. Ini membolehkan setiap orang pekerja dan pengguna dapat menjimatkan sekurang-kurangnya RM250 sebulan. Sistem Park & Ride ini dengan 16 buah bas BEST dijangka boleh mengangkut hampir 1,000 pekerja / pengguna. Sesiapa yang bekerja di FIZ Bayan Lepas turut layak menikmati perkhidmatan BEST ini dan sekaligus dijangka dapat mengurangkan hampir 1,000 kenderaan," katanya.

Perkhidmatan BEST ini telah dibahagikan kepada 3 laluan iaitu Laluan A, Laluan B dan Laluan C. Laluan A telah menumpukan kepada kawasan FIZ 1,2 dan BLIP. Laluan B telah menumpukan kepada kawasan FIZ 3 manakala Laluan C menumpukan kepada kawasan FIZ 4 dan Technoplex.

Untuk menentukan masa tiba bas di kilang masing-masing, tiga percubaan perjalanan bas (Test Run) telah diadakan pada 30/11/2010, 01/12/2010 dan 02/12/2010. Dua percubaan perjalanan bas juga diadakan pada 14/02/2011 dan 16/02/2011.

Satu jadual masa BEST yang menunjukkan anggaran masa tiba di perhentian bas telah dihasilkan oleh Rapid Penang telah dihantar kepada FREPENCA pada 6 Februari 2011.

Tambah Lim lagi, merujuk kepada sebutharga yang dikemukakan oleh Rapid Penang pada 14 Februari 2011, harga bulanan untuk perkhidmatan satu bas shuttle BEST adalah berjumlah RM11,000.

"Sehubungan dengan itu, kos operasi untuk 16 buah bas shuttle Bridge Express Shuttle Transit (BEST) yang berjumlah RM176,000 sebulan Kerajaan Negeri Pulau Pinang berharap agar Rapid Penang boleh menawarkan harga yang lebih rendah sebanyak RM150,000 sebagai tanggungjawab korporat social (CSR) mereka," katanya.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger