Home » » Kes Liwat II: Sperma boleh kekal 46 jam

Kes Liwat II: Sperma boleh kekal 46 jam

Written By canang on Selasa, 15 Februari 2011 | 2/15/2011 12:00:00 PTG


KUALA LUMPUR: Pakar Patologi Forensik Dr Siew Sheue Feng memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, semalam, bahawa beliau melakukan tugas dengan adil dan tidak berat sebelah ketika melakukan pemeriksaan terhadap bekas pembantu khas Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata demikian ketika memberi keterangan dalam prosiding kes liwat membabitkan Mohd Saiful Bukhari Azlan terhadap Anwar di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Menjawab soalan balas peguam S N Nair yang mewakili Anwar, Dr Siew saksi ketiga pihak pendakwaan menafikan polis memberi tunjuk ajar ketika menjalankan pemeriksaan terhadap Mohd Saiful.

Beliau disoal bertalu-talu oleh Nair berhubung borang bagi mangsa rogol yang digunakan ketika membuat pemeriksaan terhadap Mohd Saiful memaklumkan kepada mahkamah tiada borang khas mangsa liwat.

Selain itu, Nair juga mempertikaikan berhubung kegagalan Dr Siew tidak menyoal sejarah keluarga ketika melakukan pemeriksaan bagaimanapun beliau memaklumkan hanya memeriksa keadaan Mohd Saiful ketika itu. Dr Siew melakukan pemeriksaan terhadap Mohd Saiful di Bilik Mawar, Pusat Krisis Sehenti (OSCC), Hospital Kuala Lumpur pada jam 9.30 malam, 28 Jun 2008.

Ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Nordin Hassan, Dr Siew berkata, Mohd Saiful tidak pernah mengadu terdapat sebarang kemasukan objek plastik ke dalam duburnya.

Menjawab soalan Nordin, Dr Siew memberitahu mahkamah sperma boleh kekal sehingga 46 jam di dubur manakala di bahagian rektum selama 65 jam.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger