Home »
» Lari berbogel elak dicekup
Lari berbogel elak dicekup
Written By canang on Rabu, 23 Februari 2011 | 2/23/2011 10:00:00 PG
JOHOR BAHRU: Akibat panik selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa, seorang pelanggan sebuah pusat pelacuran di bandar raya ini yang asyik melampiaskan nafsunya, terpaksa lari dalam keadaan berbogel dengan harapan dapat meloloskan diri.
Malah, lelaki warga asing berusia dalam lingkungan 30-an itu hilang punca hingga cuba terjun dari tingkat tiga sebuah hotel bajet di Jalan Wong Ah Fook di sini, selepas pintu utama premis berkenaan disekat pihak berkuasa, semalam.
Bagaimanapun, hasil kecekapan anggota polis tindakan nekad lelaki itu digagalkan dan dia ditahan bagi membantu siasatan.
Terdahulu, dalam serbuan kira-kira jam 12 tengah hari itu, beberapa pelanggan pelacur tempatan di hotel bajet berkenaan dikejutkan dengan kehadiran pihak polis menjalankan pemeriksaan.
Beberapa pelanggan cuba meloloskan diri, tetapi gagal apabila premis dipercayai baru beroperasi beberapa bulan lalu dikepung lebih awal oleh pihak berkuasa. Pegawai Turus Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, Deputi Superintendan Mohammad Abd Hamid, berkata dalam serbuan itu pihaknya menahan 30 wanita tempatan dipercayai terbabit dengan aktiviti tidak bermoral.
Beliau berkata, turut ditahan 35 pelanggan warga asing menjadikan premis berkenaan sebagai tempat melampiaskan nafsu selepas bekerja.
“Operasi turut membabitkan sebuah lagi hotel bajet bersebelahan premis pertama selepas kami menerima maklumat daripada orang awam serta risikan.
“Hasil pemantauan dijalankan mendapati premis berkenaan dikunjungi puluhan pelanggan yang ingin mendapatkan khidmat seks pada harga serendah RM60 hingga RM100,” katanya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan