Home » » Media sosial - seperti facebook - tunggu masa untuk meletup di Malaysia

Media sosial - seperti facebook - tunggu masa untuk meletup di Malaysia

Written By canang on Sabtu, 19 Februari 2011 | 2/19/2011 08:00:00 PG


Ketika negara-negara lain, khususnya di dunia ketiga, terutama di Timur Tengah sekarang, berada dalam landasan yang betul bagi proses pendemokrasian, Malaysia mengambil langkah mundur ke belakang. Semasa indeks kebebasan akhbar kita -- seperti hasil kaji selidik Reporters without Borders dan Freedom House -- masih berada pada tahap yang memalukan dan mencatatkan kemerosotan dari tahun ke tahun, komitmen kerajaan terhadap autonomi ruang siber yang ditawarkan semasa pelancaran Koridor Raya Multimedia (MSC) pada 1997 mula diceroboh.

Dalam suasana pengamal media tradisional terikat kuat dengan kekangan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, di samping menyedari beberapa laman web dan blog sudahpun menghadapi pelbagai bentuk tindakan intimidasi pemerintah, namun dunia internet kita masih boleh disifatkan bebas. Suara kritikan dan bangkangan, yang mula dicetuskan secara lantang semasa gerakan reformasi 1998, masih dapat digemakan dengan berkesan sekali melalui media baru ini. SELANJUTNYA SILA KLIK SINI
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger