Home » » Memo Tahniah Kepada Rakyat Mesir Tumbangkan Regim Hosni Mubarak

Memo Tahniah Kepada Rakyat Mesir Tumbangkan Regim Hosni Mubarak

Written By canang on Isnin, 14 Februari 2011 | 2/14/2011 10:04:00 PTG


KUALA LUMPUR 14 FEB : Pimpinan Pakatan Rakyat dan beberapa Badan Bukan Kerajaan atau NGO hari ini menghadiri Solidariti Bersama Kebangkitan Rakyat Mesir menyerahkan nota ucapan tahniah kepada pihak kedutaan Mesir di Malaysia ekoran tumbangnya pemerintahan kuku besi Hosni Mubarak selama 30 tahun.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak perlu mengingatkan rakyat Malaysia agar tidak menggunakan demonstrasi jalanan sebaliknya memastikan demokrasi di negara ini tidak tercemar.

"Perdana Menteri memberi amaran jangan buat seperti di Mesir, sebenarnya amaran itu tak perlu buat kerana kalau ada demokrasi tak berlaku seperti di Mesir. Beri kebebasan kepada rakyat berhimpun, berceramah, berorganisasi dan polis pengawal keamanan bukan penjaga rejim seperti yang berlaku di Mesir.

Saya harap apa yang berlaku di Mesir dan Tunisia menjadi pengajaran kepada semua negara diktator," katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyertai Solidariti Bersama Kebangkitan Rakyat Mesir menuntut Majlis Tertinggi Tentera Mesir agar terus memberikan ruang demokrasi kepada rakyatnya.

Turut hadir Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dan Setiausaha Parti Sosialis Malaysia, Arutchelvan.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar yang juga ahli Parlimen Lembah Pantai memberitahu, ahli parlimen Pakatan Rakyat akan mendesak kerajaan membubarkan deklarasi darurat di Malaysia pada sidang Parlimen Mac depan.

"Wakil Pakatan Rakyat akan mendesak agar deklarasi darurat yang sudah 51 tahun masih lagi aktif di Malaysia berbanding hanya 30 tahun di Mesir. Tak ada sebab tak boleh dibubarkan. Kalau benar-benar serius tarik balik deklarasi darurat di negara kita," katanya.

Dalam pada itu, Mahfuz Omar yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena, mengingatkan kerajaan Umno-BN agar mengambil iktibar daripada kejatuhan rejim Mubarak dengan mengakui bahawa kuasa berada ditangan rakyat.

"Ini menjadi pengajaran kepada kerajaan dan harus menjadi iktibar kepada rakyat serata dunia khususnya di Malaysia bahawa kuasa di tangan rakyat, Rakyat mahu maka semua akan jadi," katanya.

Sementara itu, Naib Presiden PKR, Tian Chua Yang juga Ahli Parlimen Batu menyifatkan ini adalah masa yang sesuai untuk menunjukan keperihatinan kepada hal ehwal dunia sebagai insfirasi menzahirkan demokrasi dan kebebasan seperti yang di impikan semua rakyat di dunia sebagai langkah menyelamatkan negara.

"Inilah masanya kita harus tunjukan pekerihatinan kita untuk hal ehwal dunia sebagai inspirasi demokrasi dan kebebasan yang merupakan satu cita-cita universal manusia sejagat dan dalam masa yang sama rakyat Malaysia harus berani untuk membantah kepada sesuatu yang zalim dan tidak adil kerana ini adalah satu tindakan menyelamatkan negara," katanya.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger