Home » » Mesej Jelas Dari Tunisia & Mesir Buat Pemimpin Korup

Mesej Jelas Dari Tunisia & Mesir Buat Pemimpin Korup

Written By canang on Selasa, 1 Februari 2011 | 2/01/2011 07:07:00 PTG


"EGYPT-PROTEST/Kebangkitan rakyat di Tunisia menyebabkan pemerintahan Zein al-Abidin bin Ali berakhir. Rupanya tempoh puluhan tahun berkuasa bukannya disukai oleh rakyat, apa lagi kalau penuh dengan kezaliman, penindasan, rasuah, pengumpulan harta untuk sendiri dan rakyat dibiarkan melarat dalam segala segi. Semua yang sensitif dengan isu ini teruja-dalam dan luarnegeri, ulama, cendekiawan dan ahli politiknya, termasuk penyanyi seperti Maher Zain yang menukilkan kata-kata dari ahli puisi Tunisia:

When the people want freedom

Then fate has to listen

The dark night has to come to an end

And the chains have to be broken

(Aboulkacem Al-Chabbi, Tunisian poet)

Revolusi rakyat di Tunisia merebak ke Mesir. Pelajar di Mesir yang begitu ramai di sana bagaimana? Hosni Mubarak yang berusia 82 tahun telah memerintah Mesir begitu lama. Walaupun setiap kali pilihanraya Presiden dibuat beliaulah yang menang, tetapi hakikatnya ia tidak menggambarkan hasrat sebenar dan realiti rakyat.

Rakyat meluat dengan pemerintah yang hanya tahu menggunakan kuasa untuk mengumpulkan kekayaan negara untuk diri dan keluarga sendiri. Sabar rakyat ada hadnya. Air di empangan walaupun kelihatan lemah mengalir tetapi apabila sampai klimaksnya boleh memecahkan dinding empangan yang tebal itu.

Dikhabarkan keluarga Hosni Mubarak telah melarikan diri ke London dengan jet peribadi dengan membawa 97 beg besar (big bag not big mama). Bila pemimpin negara jatuh, terbongkarlah segala aktiviti rasuah, penyelewengan dan harta peribadi yang dikumpul sepanjang pemerintahan. Mereka bukan menjadi negarawan tetapi lagak bangsawan yang meratah wang.

Petikan dari agensi berita lain (kalau benar):

“Keluarga itu dikatakan menginap di rumah agam enam tingkat milik mereka bernilai £8.5 juta (RM41 juta) berdekatan pusat beli-belah terkemuka Harrods di Knightsbridge, barat London. Khabar angin turut bertiup kencang bahawa Mubarak dan isterinya, Suzanne, 69, bercadang ke London.

Pengendali bagasi penerbangan Mesir di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow berkata Wanita Pertama negara itu, turut dilihat tiba di London.

Mubarak dikatakan mempunyai aset £25 bilion (RM120 bilion) sejak berkuasa pada 1981.

Suzanne, Gamal dan anak sulung Mubarak, Alaa, 49, menjadi simbol kekayaan dan rasuah di Mesir. Suzanne turut digelar Marie Antoinette kerana bersikap umpama ratu yang dipancung di zaman revolusi Perancis.

Wanita Pertama Mesir itu turut memegang pasport Britain kerana ibunya, Lily May Palmer adalah wanita Inggeris dan bapanya berasal dari Mesir.

Lily bekerja sebagai jururawat bertemu jodoh dengan pelajar perubatan dari Mesir, Saleh Thabet di utara London pada 1934. Mereka kemudian berpindah ke Mesir dan Suzanne dilahirkan pada 1941″

Lihat! Kalau ini benar maka inilah sebesar pengkhianatan pemimpin terhadap amanah memerintah negara. Sesiapa yang pernah pergi ke Mesir boleh melihat bagaimana rakyat Mesir yang menjadi buruh kasar membina bangunan itu kadang-kadang berdebu seluruh tubuhnya hanya kerana mencari rezeki secebis roti.

Presiden yang kononnya sentiasa menang dalam pilihanraya Presiden itu menjadi ‘pewaris’ kepada Firaun dan Qarun. Pemimpin di dunia lain termasuk bekas pemimpin dan pemimpin di Malaysia Timur dan Malaysia Barat tidak mahu belajar apa-apa dari kebangkitan rakyat di Tunisia dan Mesir itu? Atau masih selesa dengan sokongan rakyat dalam pilihanraya kecil seperti di Tenang itu?

Bekas PM seperti Pak Lah dan Dr M serta bekas menteri kabinet mungkin boleh mengurut dada kerana ’selesai’ memerintah tetapi jangan lupa catatan Malaikat Raqib dan Atid akan dibuka di Padang Mahsyar nanti. Kalaupun tiada revolusi rakyat terhadap bekas PM yang berundur dengan ‘tenang’ tetapi ‘audit’ paling halus akan berlangsung dengan cara paling menakutkan di SANA.

Subhanallah! Benarlah Allah yang telah membiarkan Firaun itu diselamatkan tubuhnya dan bersemadi dalam Muzium Firaun di Mesir.

Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger