Home » » Setuju daftar pengundi automatik dilaksana

Setuju daftar pengundi automatik dilaksana

Written By canang on Ahad, 13 Februari 2011 | 2/13/2011 10:21:00 PG


SHAH ALAM – Walaupun berlainan bidang dan parti politik, empat ahli panel yang dijemput pada Siri Wacana Sinar semalam bersetuju sekiranya kerajaan melaksanakan pendaftaran pemilih secara automatik bagi pengundi mencapai umur 21 tahun kerana kaedah itu lebih memudahkan pengundi.

Ini kerana kaedah konvensional yang mana pengundi baru perlu mendaftarkan mendaftarkan diri dalam daftar pemilih sebelum layak mengundi pada pilihan raya umum akan datang menyebabkan ramai yang tidak berbuat demikian.

Namun pada masa yang sama empat ahli panel berkenaan, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh yang juga Ahli Parlimen, Timbalan Setiausaha Suruh­anjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Noordin Che Ngah dan Pengerusi Institut Perhubungan Awam, Profesor Datuk Hamdan Adnan bersetuju kaedah itu mengambil masa dilaksanakan atas beberapa faktor.

Fuziah berkata, beliau bersetuju jika sistem automatik pendaftaran pemilih diaplikasikan di negara ini kerana sudah dipraktikkan di beberapa negara khususnya Amerika Syarikat dan pilihan raya mereka berjalan lancar.

Pada masa yang sama katanya, pendaftaran secara automatik juga akan memudahkan golongan muda menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

“Mereka wajar melaksanakannya supaya setiap generasi terlibat dalam memilih wakil rakyat dan pemimpin negara ini melalui proses pengundian dalam pilihan raya.

“Jangan kita jadikan sikap orang muda sebagai alasan, sebaliknya anggap ia cabaran yang perlu dihadapi supaya akhirnya setiap rakyat mempunyai kesedaran penuh untuk melaksanakan tanggungjawabnya untuk mengundi,” katanya.

Wacana bertajuk 'Daftar pengundi: Wajarkah diwajibkan?' diadakan di Intekma Resort Cenvention Centre di sini.

Wacana dikendalikan pengacara Astro Awani, Kamarul Bahrin Haron, dianjurkan oleh Sinar Harian bersama Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan Astro Awani sebagai penyiar rasmi.

Saifuddin pula berkata, walaupun sistem ini memudahkan rakyat namun sukar dilaksanakan dalam tempoh terdekat memandangkan pelbagai proses perlu dilaksanakan terlebih dahulu.

“Ia membabitkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), SPR dan setiap jabatan berhubung isu pertukaran kakitangan mereka di seluruh negara, walaupun ia adalah tanggungjawab individu terbabit untuk memaklumkan pertukaran mereka kepada JPN dan SPR.

“Gabungan semua pihak terbabit diyakini dapat dilaksanakan dengan lebih sempurna kerana setiap pihak melaksanakan tanggungjawab mereka berhubung isu pertukaran pekerja dan alamat.

“Sekiranya dilaksanakan, ia dapat meningkatkan pembabitan golongan muda membuang undi dalam pilihan raya akan datang,” katanya.

Saifuddin berkata, perlaksanaan ini akan mengambil masa dan diyakini tidak dapat dilaksanakan dalam pilihan raya umum akan datang.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger