Home » » Suami ditahan kurung isteri selama 16 tahun

Suami ditahan kurung isteri selama 16 tahun

Written By canang on Selasa, 1 Februari 2011 | 2/01/2011 11:40:00 PG

Seorang lelaki ditahan kerana disyaki mengurung isterinya dalam bilik bawah tanah selama 16 tahun, sementara dia tinggal bersama teman wanitanya di dalam rumah yang sama, Khamis lalu.

Sebastiana Aparecida Groppo, 64, ditemui dikurung tanpa pakaian, dibungkus dengan selimut dalam bilik bawah tanah di Sorocaba, Sao Paulo, Brazil.

Pegawai polis Sorocaba, Ana Luiza Salomone berkata, Joao Batista Groppo (gambar), 64, mengurung Sebastiana sejak 1995 kerana mendakwa isterinya mengalami sakit jiwa dan berkelakuan agresif.

"Sebastiana ada menunjukkan tanda-tanda dia mengalami masalah mental mungkin disebabkan dikurung terlalu lama dalam bili gelap, tetapi mangsa tidak menunjukkan sebarang masalah seperti yang didakwa suaminya," katanya.


Groppo dan teman wanitanya didakwa atas kesalahan melakukan pengurungan haram dan jika disabit bersalah, mereka boleh dikenakan hukuman penjara lapan tahun.
Jawatan Kosong
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger