Home »
» Terkini,Mahathir Melayu mudah lupa News:Tiada Kesan Pada Tingkap Tempat Teoh Melompat
Terkini,Mahathir Melayu mudah lupa News:Tiada Kesan Pada Tingkap Tempat Teoh Melompat
Written By canang on Isnin, 21 Februari 2011 | 2/21/2011 01:49:00 PTG
KUALA LUMPUR 21 FEB: Penyiasat forensik, Mazli Jusoh Che Kob memaklumkan kepada Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kematian Teoh Beng Hock bahawa tiada bukti ditemui menunjukkan mendiang melompat daripada sebuah tingkap di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM).
Jelas Mazli, hasil dari siasatannya tidak sebarang tanda-tanda sekitar rangka tingkap yang menunjukkan seseorang cuba keluar daripada tingkap berkenaan.
Disoal oleh wakil Majlis Peguam, Chris Leong, Mazli juga bersetuju jika seseorang ingin keluar mengikut tingkap mereka akan memegang rangka tingkap ataupun duduk di ambangnya, yang kemungkinan besar akan meninggalkan tanda-tanda.
Mayat Teoh dijumpai di aras 5 di Pejabat SPRM itu terletak di tingkat 14, Plaza Masalam di Shah Alam selepas disiasat semalaman pada 16 Jun 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan