Home »
» TGNA: Semoga Mahathir Dapat Hidayah
TGNA: Semoga Mahathir Dapat Hidayah
Written By canang on Khamis, 17 Februari 2011 | 2/17/2011 11:00:00 PTG
KUALA LUMPUR, 17 Feb: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berharap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendapat hidayah Allah SWT.
“Saya tidak berhasrat setakat ini untuk mengulas jawapan Tun Mahathir terhadap saya seperti yang tersiar di muka hadapan akhbar Utusan pada hari ini,” tulis beliau yang juga Menteri Besar Kelantan di laman Twitter.
Akhbar Utusan Malaysia hari ini melaporkan Mahathir berkata, tujuan hidup Mursyidul Am PAS itu hanyalah untuk memenangi pilihan raya dan kemudian menjadi pemerintah bersama DAP serta Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Katanya, Nik Abdul Aziz secara terbuka sanggup mengkafirkan orang Islam Umno, dalam masa sama bersedia bekerjasama dengan syaitan menjayakan perjuangannya.SELANJUTNYA SILA KLIK SINI
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
Bila saya baca apa yang Mahathir kata tu...saya berkata ALLAH MAHA BESAR.Mudah-mudahan Allah tidak mengaibkannya di dunia ini lagi.
Catat Ulasan