Home »
» Akad nikah di masjid menyimpang dari amalan Rasulullah?Majlis Fatwa Perlis,
Akad nikah di masjid menyimpang dari amalan Rasulullah?Majlis Fatwa Perlis,
Written By canang on Ahad, 20 Mac 2011 | 3/20/2011 10:30:00 PTG
KANGAR 20 Mac – Menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah menyimpang dari amalan Rasulullah, kata seorang anggota Majlis Fatwa Perlis, Datuk Ahmad Jusoh.
Beliau berkata, Rasulullah pernah mengingatkan umat Islam supaya tidak melakukan akad nikah dalam masjid kerana ia meniru penganut Kristian yang menikah dalam gereja dan Yahudi di rumah ibadat mereka.
Ahmad yang juga ahli Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkata, walaupun pernah berlaku peristiwa akad nikah dalam masjid pada zaman Rasulullah, namun ia berpunca dari kehadiran seorang wanita ke dalam masjid yang mahu dirinya dikahwini.
Kesanggupan seorang lelaki yang turut berada dalam masjid untuk mengahwini wanita itu menyebabkan Rasulullah melakukan akad nikah dalam masjid.
Ahmad berkata, adalah lebih baik akad nikah dilakukan di rumah pengantin. – Bernama
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
Bodoh punya Wahabi, dia sendiri menjawab isu yang dia ketengahkan, dia sendiri menyanggah perbuatan yang dibuat oleh Baginda S.A.W.
Ini jawapannya, "Ahmad yang juga ahli Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkata, walaupun pernah berlaku peristiwa akad nikah dalam masjid pada zaman Rasulullah, namun ia berpunca dari kehadiran seorang wanita ke dalam masjid yang mahu dirinya dikahwini.
Kesanggupan seorang lelaki yang turut berada dalam masjid untuk mengahwini wanita itu menyebabkan Rasulullah melakukan akad nikah dalam masjid".
Kalau bukan sunnah Rasullah S.A.W. sudah pasti Baginda akan mengarahkan majlis tersebut dilakukan di luar masjid.
Cuma isu sekarang adalah adab para hadirin yang hadir ke masjid, sucikah wanita yang hadir, menutup auratkah mereka, mengganggu jemaah lainkah, adakah mengikut adab-adab memasuki masjid - seperti bersembahyang sunat masuk masjid, berniat beriktikafkah mereka dan sebagainya. Itu yang wajar diketengahkan.
Catat Ulasan