Ahli-ahli sains telah membuktikan wujud kebarangkalian pemalsuan bukti DNA, sekaligus berpotensi memusnahkan kredibiliti teknik utama forensik.
Dengan menggunakan peralatan yang boleh dijumpai di makmal-makmal di seluruh negara, mereka melenyapkan semua kesan DNA dari sampel darah dan menambah bahan genetik individu lain pada sampel tersebut.
Pemalsuan ini sangat berjaya sehingga mampu memperdaya ahli-ahli sains yang menjalankan ujian DNA cap jari di mahkamah-mahkamah di Amerika Syarikat.
Perkembangan ini menimbulkan kemungkinan sampel darah atau air liur diletakkan di lokasi di mana jenayah berlaku, sehingga mengakibatkan mereka yang tidak bersalah dihukum manakala mereka yang bersalah terlepas bebas.
Menurut Dan Frumkin, penyelidik yang menghasilkan DNA palsu menyatakan: ‘Jika anda boleh memalsukan darah, air liur atau mana-mana tisu, anda boleh mencipta lokasi jenayah. Mana-mana pelajar jurusan biologi pun mampu melakukannya.
Dr. Frumkin -- yang mendakwa bahawa syarikatnya telah berjaya mencipta kit untuk membezakan sampel DNA sebenar dengan yang palsu – menggunakan dua teknik untuk memalsukan bukti.
Pada peringkat awal, mereka akan akan mengasingkan sampel minit bahan genetik dari helaian rambut dan menggandakannya beberapa kali.
Kemudian mereka akan memasukkan DNA ini ke dalam sel darah yang telah diasingkan dari segala klu genetik pemilik asal.klik sini
Home »
» Amaran ahli sains: Bukti DNA boleh dipalsukan dan diletakkan di lokasi jenayah
Amaran ahli sains: Bukti DNA boleh dipalsukan dan diletakkan di lokasi jenayah
Written By canang on Jumaat, 25 Mac 2011 | 3/25/2011 05:00:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan