LONDON: Chelsea berpeluang membalas dendam kekalahan menerusi penentuan sepakan penalti kepada Manchester United pada final 2008 apabila mereka diundi bertemu pada peringkat suku akhir saingan Liga Juara-juara.
Pasukan pilihan, Barcelona pula akan berhadapan Shakhtar Donetsk dari Ukraine yang menewaskan mereka 3-2 di Nou Camp pada peringkat kumpulan dua tahun lalu.
Pemenang sebanyak sembilan kali, Real Madrid pula akan menentang Tottenham Hotspur manakala juara bertahan Inter Milan akan bertemu Schalke 04.
Pemenang perlawanan Inter/Schalke akan menentang pemenang perlawanan Chelsea/Manchester United pada separuh akhir manakala Real Madrid akan bertemu Barcelona jika kedua-dua pasukan melepasi peringkat suku akhir.
Perlawanan suku akhir akan dilangsungkan pada 5 dan 6 April serta 12 dan 13 April manakala perlawanan separuh akhir pada 26 dan 27 April serta 3 dan 4 Mei dengan final di Stadium Wembley pada 28 Mei. - Reuters
Home »
» Chelsea jumpa Manchester United di suku akhir Liga Juara-Juara
Chelsea jumpa Manchester United di suku akhir Liga Juara-Juara
Written By canang on Jumaat, 18 Mac 2011 | 3/18/2011 11:13:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan