ALOR GAJAH: Seorang gadis yang menyewa sebuah rumah di sebuah taman perumahan, dekat sini, beberapa bulan lalu disifatkan tidak mengenang budi apabila diberkas bakal tunangnya kerana disyaki berkhalwat dengan seorang lelaki, baru-baru ini.
Ketika ditahan lima anggota Rukun Tetangga taman perumahan itu kira-kira jam 3.30 pagi itu, gadis berusia 24 tahun dan pasangannya berusia 30 tahun berbohong dengan mengatakan mereka sudah berkahwin, namun dalam pemeriksaan mereka gagal menyerahkan dokumen berkaitan.
Tipu helah pasangan terbabit memakan diri sendiri apabila pemeriksaan di rumah itu dilakukan selepas mendapat maklumat seorang lelaki yang mendakwa bakal tunang gadis terbabit.
Lelaki yang mendakwa bakal tunang gadis itu, Halim Abdul Rahman, 27, berkata dia mengenali gadis terbabit sejak enam bulan lalu melalui laman sembang sosial, Twiteer.
“Selepas beberapa bulan mengenali hati budinya, dia (gadis terbabit) kata ditukarkan ke daerah ini kemudian meminta bantuan saya mencarikan rumah sewa yang berhampiran tempat kerjanya kerana tiada kenderaan,” katanya.
Katanya, selama berkawan dengan gadis itu, dia tertarik sikap dan budi bicara gadis itu begitu juga ahli keluarganya turut menyenangi tingkah laku wanita terbabit sebelum merancang bertunang penghujung tahun ini.
“Dia beritahu ditukarkan majikan serta-merta dan merayu saya mencarikan rumah sewa berhampiran tempat kerjanya tanpa saya mengesyaki apa-apa.
“Rupa-rupanya dia sudah diberhentikan dan merancang berdampingan teman lelakinya itu. Akhirnya saya dapat menghidu kelakuannya yang mencurigakan sebelum mengintip pergerakannya setiap malam.
“Selepas intipan kira-kira jam 3.30 pagi, saya dapati seorang lelaki berada di dalam rumahnya sebelum memanggil beberapa anggota Rukun Ttangga yang berkawal di hujung taman untuk melakukan pemeriksaan,” katanya.
Ketua Rukun Tetangga yang enggan dikenali berkata, ketika pemeriksaan, pihaknya menunggu kira-kira 15 minit sebelum seorang gadis lengkap berpakaian dan tergesa-gesa sambil membetulkan tudungnya keluar dari bilik dan membuka pintu hadapan.
“Gadis terbabit dan pasangannya mendakwa mereka suami isteri yang sah. Apabila diminta menunjukkan dokumen mereka mendakwa belum memperolehnya kerana baru berkahwin,” katanya.
Menurutnya, berikutan tidak berpuas hati keterangan diberikan, pihaknya membawa pasangan terbabit ke Balai Polis Masjid Tanah untuk diambil keterangan sebelum diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim)
Home »
» Gadis khianati cinta khalwat di rumah sewa
Gadis khianati cinta khalwat di rumah sewa
Written By canang on Rabu, 23 Mac 2011 | 3/23/2011 08:41:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan