Home » » Korban cinta tidak berbalas

Korban cinta tidak berbalas

Written By canang on Rabu, 30 Mac 2011 | 3/30/2011 03:30:00 PTG

MIRI: Berang dan cemburu kerana cintanya tidak berbalas, seorang lelaki menggunakan pisau pemotong sayur untuk menikam sehingga mati seorang wanita berusia 20-an yang menyewa bilik di rumahnya di Jalan Hokkian, di sini, semalam.

Difahamkan, suspek berusia 43 tahun, bertindak demikian kerana cemburu selepas mengesyaki mangsa ada hubungan dengan lelaki lain, sedangkan dia sudah lama menyimpan perasaan cinta terhadap wanita itu.

Ketika kejadian, mangsa yang menyewa di rumah 17 bilik itu sedang tidur, manakala suspek dikatakan sendirian selepas ahli keluarga lain berkunjung ke negara jiran.

Sumber berkata, mangsa dipercayai dari Baram dan bekerja di sebuah syarikat swasta di bandar raya ini, menyewa di rumah milik keluarga suspek, sejak tiga bulan lalu.
Click Here


“Suspek dipercayai memasuki bilik sewa mangsa pada awal pagi ketika mangsa tidur dan menikamnya menyebabkan kecederaan di dada kanan apabila senjata itu menembusi paru-paru sebelum mangsa disahkan meninggal dunia, kira-kira jam 11.48 pagi.


“Suspek juga dikatakan cuba menikam seorang lelaki yang dipercayai penyewa di rumah berkenaan selepas lelaki itu melihat perbuatannya.

“Bagaimanapun, lelaki terbabit sempat mengelak dan merampas pisau digunakan suspek sebelum melarikan diri, manakala penyewa terbabit menghubungi rakan untuk meminta bantuan,” katanya.

Menurutnya, penyewa itu turut cedera ringan akibat bergelut dengan suspek kemudian membuat laporan di balai polis berhampiran.

Sumber berkata, polis yang menerima laporan itu menggerakkan sepasukan anggota ke tempat kejadian dan menahan suspek yang dikatakan cuba untuk mencederakan dirinya.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, pihaknya menjalankan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan masih menyiasat sama ada suspek mengalami masalah mental, berada di bawah pengaruh alkohol atau dadah
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger