Home »
» Salina Saibi Bohsia:Jangan Pilih Jalan Hitam
Salina Saibi Bohsia:Jangan Pilih Jalan Hitam
Written By canang on Isnin, 14 Mac 2011 | 3/14/2011 12:22:00 PG
Pelakon utama filem Bohsia-Jangan Pilih Jalan Hitam, Salina Saibi beruntung kerana mempunyai kulit muka yang cantik dan tidak bermasalah.
Bagi Salina, dia tidak bergantung sepenuhnya pada pemakaian produk kecantikan, sebaliknya percaya tabiat pemakanan yang baik lebih mempengaruhi.
“Pemakaian produk seperti pencuci muka hanya membantu membersihkan kotoran pada wajah.
“Namun, yang lebih penting adalah penjagaan dalaman seperti pengambilan makanan secara sihat. Saya menjauhi makanan berlemak dan berminyak bagi mengelakkan masalah kulit seperti jerawat,” katanya.
Salina juga tidak bertukar produk dan menjadi pengguna setia produk pencuci muka jenama Neutrogena sejak zaman sekolah lagi.
Menurut Salina, amalan diet sangat dititikberatkan memandangkan tubuhnya tergolong dalam kategori metabolisme rendah.
“Saya memang suka berdiet dan akan berdiet sampai bila-bila. Namun, diet saya bukanlah sekadar ingin kurus semata-mata, tetapi lebih kepada menjaga kesihatan.
“Dari segi makanan, saya kurangkan karbohidrat dan tidak mengambilnya selepas jam enam petang, sebaliknya melebihkan pengambilan protein dan fiber. Saya juga sangat menggemari sup dan buah-buahan,” katanya.
Sejarah ahli keluarga yang pernah menghidap penyakit kencing manis juga membuatkan Salina lebih berhati-hati dalam pengambilan gula.
Maka, dia mengelak minuman manis dengan pengambilan teh herba atau air limau tanpa gula.
Malah, sudah menjadi rutinnya setiap pagi selepas bangun tidur untuk meneguk air kosong dengan bacaan selawat.
Dua kali dalam sebulan, pelakon yang juga duta spa dan sauna De Mechinta ini akan memanjakan dirinya dengan menjalani rawatan muka di situ.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
Jaga diri, jaga kesihatan utk membanyakkan amal ibadah pd yg Esa. Setiap kali minum air kosong tetap doakan doa yg sama ketika meminum air zam2.
Catat Ulasan