Home » » Terkini:Peratusan Keluar Undi : Merlimau 76.87 % , Kerdau 81.5 %

Terkini:Peratusan Keluar Undi : Merlimau 76.87 % , Kerdau 81.5 %

Written By canang on Ahad, 6 Mac 2011 | 3/06/2011 05:12:00 PTG


TEMERLOH 6 MAC : Sasaran Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menyaksikan lebih 80 peratus pemilih keluar mengundi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang kawasan Kerdau dicapai pada pukul 4 petang ini.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Kerdau Datuk Tarif Abdul Rahman ketika dihubungi berkata setakat 4 petang, kira-kira 81.52 peratus atau 7,336 orang sudah keluar mengundi sejak pusat mengundi dibuka pada pukul 8 pagi.

SPR meletakkan sasaran itu berdasarkan peratus keluar mengundi pada pilihan raya umum 2008 sebanyak 80.3 peratus.

Kurang sejam lagi, semua 13 pusat mengundi dengan 22 saluran akan ditutup serentak pada pukul 5 petang.

Sejurus ditutup, kesemua peti undi akan dibawa ke Dewan Tun Razak, Majlis Perbandaran Temerloh untuk dijumlahkan.

Sementara itu sebanyak 76.87 peratus daripada 10,679 pemilih berdaftar telah keluar mengundi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Merlimau sehingga 4 petang ini, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

SPR mensasarkan lebih 80 peratus pengundi akan menunaikan tanggungjawab mereka pada pilihan raya kecil ini yang menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional Roslan Ahmad, 44, dan calon PAS Yuhaizad Abdullah, 38.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger