Home » » Terperangkap dunia gelap seolah-olah berbangga dengan dosa yang dilakukan

Terperangkap dunia gelap seolah-olah berbangga dengan dosa yang dilakukan

Written By canang on Isnin, 21 Mac 2011 | 3/21/2011 04:30:00 PTG

KUALA LUMPUR: “Pelajar terbabit terperangkap dalam dunia gelapnya sendiri kerana seolah-olah berbangga dengan dosa yang dilakukan,” kata Ketua Unit Pembangunan Kendiri dan Profesionalisme Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj.

Beliau mengulas laporan Harian Metro kelmarin mengenai seorang pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang mendakwa dirinya pembawa tuah kepada golongan kenamaan (VIP) yang membawanya ketika berjudi di luar negara. Dr Harlina berkata, daripada perspektif Islam, perkara ini dilihat sebagai istidraj iaitu manusia yang tertipu dengan kekuasaan, pangkat, kebesaran, kesenangan dan kekayaan yang dimiliki walhal mengetahui ia berpunca daripada saluran tidak benar.


“Dalam hal ini, dia (pelajar) sudah tertipu dengan perbuatannya sendiri dan upah yang diterima hasil menemani VIP keluar berjudi itu haram dan perbuatannya jelas tersasar daripada landasan ajaran Islam dan menyesatkan.

“Selain itu, pengaruh persekitaran terutama daripada rakan sebaya faktor utama ramai pelajar yang berpendidikan tinggi semakin tenggelam dengan anasir negatif yang bukan saja merosakkan generasi pelapis negara, malah menunjukkan imej tidak sihat dalam sektor pembangunan sosio-ekonomi negara,” katanya.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger