Home » » Udang karang raksasa ditangkap

Udang karang raksasa ditangkap

Written By canang on Khamis, 17 Mac 2011 | 3/17/2011 07:42:00 PTG


Seeorang nelayan, Marcus Hyde menghantar seekor udang karang raksasa kepada pihak pengurusan Akuarium Blue Reef di Portsmouth, Britain selepas dia berjaya menangkap haiwan itu, lapor sebuah akhbar semalam.

Udang karang itu yang sepanjang satu meter dan berat hampir empat kilogram (kg) ditangkap Marcus semasa dia memancing di sini.

Nelayan itu membuat keputusan untuk menghantar udang karang tersebut yang berusia lebih 50 tahun kerana dia menganggap haiwan berkenaan sebagai terlalu istimewa.

Udang itu juga dianggap terlalu tua untuk dijadikan hidangan yang menyelerakan.

Setakat ini udang karang yang paling besar pernah ditangkap ialah pada 1934 dengan berat 19kg. - Agensi
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger