Home » » Bunga RM20 pancing GR0

Bunga RM20 pancing GR0

Written By canang on Jumaat, 1 April 2011 | 4/01/2011 09:26:00 PG

PETALING JAYA: Hanya dengan membeli kalungan bunga berharga RM20, pelanggan sebuah kelab malam di Sunway Mentari, di sini, layak memilih seorang pelayan pelanggan (GRO) disukai yang akan melayan mereka, malah boleh melakukan seks jika menerima bayaran tambahan.

Wanita terbabit pula beratur dan menunggu giliran untuk beraksi ghairah menari di atas pentas.

Jika ada GRO yang menepati cita rasa pelanggan, mereka perlu pergi kepada wanita terbabit dan menyerahkan kalungan bunga.

Sekiranya wanita itu menerima bunga berkenaan dan bersetuju mengikut pelanggan terbabit, terpulang kepada pelanggan itu sama ada untuk mendapatkan khidmat tambahan termasuk mengadakan hubungan seks dengan syarat memberi bayaran tambahan.


Kelab terbabit juga dipercayai menjadi sarang popular sindiket pelacuran wanita warga asing dari China, Vietnam, Myanmar dan Thailand, malah turut memperdagangkan gadis bawah umur.


Kebanyakan wanita warga asing itu yang masuk ke negara ini menggunakan pasport dan visa lawatan sementara dipercayai turut bekerja sambilan sebagai GRO di kelab karaoke itu. Bagaimanapun, kegiatan itu dihidu pihak berkuasa, apabila Unit Cawangan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman melakukan serbuan mengejut ke premis terbabit malam kelmarin.

Serbuan yang dilakukan kira-kira jam 12.10 tengah malam itu menahan 18 wanita warga asing terdiri daripada lapan rakyat China, Vietnam (lapan) dan masing-masing Myanmar dan Thailand.


Ketua Unit D7 Bukit Aman, Asisten Superintendan, Shahrul Nizam Jaafar, berkata serbuan dilakukan pihaknya selepas menerima maklumat kelab malam itu mengambil khidmat pekerja warga asing yang menyalahgunakan pas lawatan sosial.

Menurutnya, seramai 10 anggota D7 Bukit Aman dibantu 10 anggota narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor menyerbu kelab terbabit dan hasil pemeriksaan menahan 18 wanita GRO warga asing.

“Kami juga menahan seorang gadis bawah umur dari Vietnam yang akan disiasat mengikut Akta Anti Pemedagangan Orang 2007.

“Kelab malam terbabit turut menjual kalungan bunga berharga RM20 bertujuan untuk memilih GRO yang diingini pelanggan,” katanya pada sidang media selepas operasi berkenaan.

Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger