Home » » “Jumlah Simpanan Tetap Kerajaan Negeri bagi tahun 1998 adalah RM12 juta.

“Jumlah Simpanan Tetap Kerajaan Negeri bagi tahun 1998 adalah RM12 juta.

Written By canang on Rabu, 13 April 2011 | 4/13/2011 06:00:00 PTG


ALOR SETAR – Sehingga penutupan akaun 31 Disember 2010, jumlah Simpanan Tetap Kerajaan Negeri adalah berjumlah RM268 juta.

Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan berkata, berdasarkan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri, jumlah ini adalah merupakan jumlah yang tertinggi sejak tahun 1998.

Ä“Jumlah Simpanan Tetap Kerajaan Negeri bagi tahun 1998 adalah RM12 juta. Manakala tahun 1999 tiada simpanan tetap direkodkan dalam Penyata Kewangan Kerajaan Negeri,” ujar beliau.

Maklumat ini dijelaskan kepada pertanyaan bertulis yang dikemukan oleh ADUN Pedu, YB Dato’ Seri Mahawangsa Dato’ Seri DiRaja Mahdzir Khalid yang ingin mengetahui jumlah Simpanan Tetap Kerajaan Negeri.

Beliau turut bertanyakan mengenai hutang kerajaan negeri kepada Kulim Hi-Tech Park (KHTP), syarikat air Teleworks Sdn Bhd, Syarikat Air Utara Indah dan Syarikat Air Darul Aman (SADA).

“Jumlah yang patut dilangsaikan kepada KHTP adalah RM40 juta dan Teleworks RM42 juta.

“Tiada hutang yang perlu dilangsaikan kepada Syarikat Air Utara Indah. Manakala SADA masih terhutang kepada kerajaan negeri sebanyak RM12.8 juta setelah diambil kira bayaran yang didahulukan oleh kerajaan negeri bagi bayaran pukal untuk Januari hingga April 2010,” jelas beliau.

Setelah ditolak kesemua hutang-hutang di atas, baki Simpanan Tetap Kerajaan Negeri adalah sebanyak RM186 juta.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger