Home » » Kecoh KD hamil 2 bulan

Kecoh KD hamil 2 bulan

Written By canang on Khamis, 14 April 2011 | 4/14/2011 07:46:00 PTG


JAKARTA: Ekoran perkahwinannya bulan lalu, kini heboh pula khabar mengatakan penyanyi Krisdayanti (KD) sudah hamil dua bulan.

Kehamilan isteri ahli perniagaan Raul Lemos itu menjadi topik perbualan jiran-jirannya. Selepas rasmi menikah, pasangan itu tinggal di kediaman KD di Radio Dalam, Jakarta Selatan. Seorang jiran mengatakan bekas isteri Anang Hermansyah itu kini hamil.

“Penduduk di sini heboh dengan cerita kehamilan KD. Katanya sudah dua bulan dan ramai jiran tetangga memberitahu KD akan menetap di Dili,” ujar seorang jiran yang enggan dikenali, semalam. Menurutnya, tubuh ibu dua anak itu juga banyak berubah kerana kelihatan lebih berisi sejak berkahwin dengan jejaka berasal dari Timur Leste itu.

“Ya, sekarang tubuh KD semakin berisi tetapi pembantu rumahnya tidak tahu-menahu jka majikannya sudah hamil,” tambah jiran itu.

KD dan Raul menjadi pasangan suami isteri pada 20 Mac lalu dan mengadakan majlis resepsi perkahwinan mereka di Grand Ballroom, Hotel Mulia, Jakarta Selatan. - Detik
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger