Home » » Kerani hilang, wang RM1.7 juta lesap

Kerani hilang, wang RM1.7 juta lesap

Written By canang on Selasa, 12 April 2011 | 4/12/2011 02:47:00 PTG


GEORGE TOWN - Polis sedang mengesan seorang kerani akaun sebuah syarikat pemfailan di Bayan Lepas di sini, Chuah Siew Lay (gambar), 40, bagi membantu siasatan berhubung kehilangan wang berjumlah RM1.7 juta dalam syarikat tersebut sejak empat tahun lalu.

Kehilangan wang itu disedari oleh pengurus syarikat itu pada 8 April lalu sebelum pengurus itu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang pada hari sama.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pulau Pinang, Asisten Komisioner Roslee Chik berkata, wang berjumlah RM1.7 juta itu lesap daripada akaun syarikat itu melalui 41 transaksi yang dibuat ke dalam akaun bank dipercayai milik rakan Siew Lay sejak tahun 2007.

"Wang tersebut kemudian dikeluarkan dari akaun tersebut dan dipercayai diserahkan kepada Siew Lay," kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.

Menurut beliau, polis yang bertindak atas aduan pengurus syarikat itu berjaya membekukan wang berjumlah RM231,000 yang masih terdapat dalam akuan rakan Siew Lay yang berusia 25 tahun.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger