Home » » Pentas Ceramah Malam Terakhir PR Dirobohkan

Pentas Ceramah Malam Terakhir PR Dirobohkan

Written By canang on Sabtu, 16 April 2011 | 4/16/2011 08:00:00 PG

Malam ini malam terakhir, sebelum hari pengundian PRN Sarawak pada 16 April, yang bakal menentukan lanskap politik di bumi kenyalang. Meskipun Pakatan Rakyat telah memohon permit untuk mengadakan ceramah perdana pada malam ini, namun Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) dan polis kini masuk untuk merobohkan pentas ceramah mereka di depan bangunan kedai perniagaan.

PR membariskan Pengerusi DAP Karpal Singh, Fong Kui Lun, Nga Kor Ming, Naib Presiden PKR Nurul Izzah, dan lima orang calon PR sebagai penceramahnya pada malam terakhir ini. Pada hari-hari sebelumnya, ceramah anjuran PR dibanjiri ribuan, malah puluhan ribu orang penduduk tempatan. Lebih-lebih lagi, wang derma bernilai puluhan ribu dikutip dari khalayak ramai sebagai sokongan kepada PR.

Ketua Pembangkang Parlimen Anwar Ibrahim menyatakan keyakinan beliau bahawa PR bakal menafikan majoriti dua pertiga BN di Sarawak, pagi tadi.-MerdekaReview

Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger