Home » » Semakin ramai yang berpaling tadah dari Regim Taib Mahmud1.

Semakin ramai yang berpaling tadah dari Regim Taib Mahmud1.

Written By canang on Isnin, 11 April 2011 | 4/11/2011 12:03:00 PTG

Anda tentu telah melihat berita TV3 suku jam 8.00 malam tadi mengenai gelagat seorang pemberita wanita dari stesen penyiaran Media Prima 8TV yang bertanya soalan berkaitan jam tangan Omega pada sidang media Datuk Seri Anwar Ibrahim di Hotel Continental di sini, petang tadi.

2. Soalan bodoh dan keluar tajuk dalam sidang akhbar tersebut membuatkan seorang wartawan akhbar Sarawak memintas dan menegur pemberita penyiaran berkenaan tujuan diadakan sidang media ini berkaitan isu Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak dan bukan cuba mengekploitasi mengenai isu video lucah tersebut yang tidak mendapat sambutan langsung dalam PRN kali ini.

3. Kejadian ini menunjukkan kepada umum dengan jelas dan nyata bahawa kini Sarawak yang memiliki banyak akhbar tempatan yang hanya berpangkalan di negeri itu dan kebanyakannya dikawal oleh regim Taib Mahmud tetapi dalam pilihanraya Negeri kali ini ada diantara akhbar dan wartawan yang sudah mula dengan berani berpaling tadah.

4. Biasanya bila akhbar mula berpaling tadah mereka sudah terbau dengan pantas bahawa Barisan Nasional akan tumbang dalam PRN ini dan bakal diganti oleh Kerajaan Pakatan rakyat.

5. Berita ini benar-benar mengecutkan Rejim Taib Mahmud lalu meminta Najib terbang terus dari Korea bagi mambantunya berkempen dalam PRN ini untuk terus menang.

6. Apalah yang mampu dilakukan oleh Najib pada saat terakhir ini kerana sejarah Sibu telah membuktikan walau pun dimalam hari mengundi beliau berkempen dan berjanji untuk menaburkan berbilion-bilion ringgit bagi memajukan Sibu rakyat sibu tetap menolaknya kerana mereka sudah muak dan jemu serta jelek dengan janji palsu Barisan Nasional dan pemimpinnya.

7. Jika ditakdirkan lebih ramai yang berpaling tadah pada PRN ini maka berakhirlah Regim Taib Mahmud di Serawak bumi Kenyalang yang dikasihi ini..... wallahuaklam.

......... last sekali jika anda jumpa awek cun wartawan 8TV ini.... soalan apa pula yang akan anda tanyakan padanya?
http://p111kotaraja.blogspot.com/
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger