Home » » Syarat Baru Kemasukan ke al Azhar

Syarat Baru Kemasukan ke al Azhar

Written By canang on Isnin, 4 April 2011 | 4/04/2011 08:50:00 PTG

Kita tidak hairan dengan akhbar arus perdana yang menyatakan Universiti al Azhar mengemukakan syarat baru iaitu peperiksaan kelayakan Bahasa Arab. Mungkin peperiksaan ini ala MUET.

Pihak pemerintah mengalami kecelaruan dalam hala tuju pendidikan kebangsaan. Perancangan berasaskan keuntungan, bermain politik, keegoan dan tiada roh agama menyebabkan banyak dasar dan polisi pendidikan dimandulkan.

Dulu, institusi pendidikan di Malaysia dibenarkan mengadakan ijazah berkembar dengan al Azhar. Belajar 2 tahun di Malaysia kemudian tahun akhir di Mesir. Polisi dihapuskan. Kerajaan Malaysia mengatakan al Azhar hendak menghapuskan tetapi yang berlaku sebaliknya. Penghapusan polisi diharapkan dapat mengurangkan penghantaran pelajar swasta[dari KUDQI,KIDU] yang pro pembangkang ke Mesir.

Begitu juga pemansuhan peperiksaan Sijil Tinggi Ugama[STU] diganti dengan STAM. Mana yang lebih berkualiti antara STAM atau STU?.

Nampak polisi yang menyukarkan ini diteruskan oleh pentadbir yang celaru falsafah pendidikan dan membuta-tulikan hati dengan habuan material "
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger