Pengundi dalam pilihan raya negeri Sarawak dinasihatkan tidak takut untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) di Sarawak, sebaliknya beri peluang kepada parti pembangkang membuktikan kemampuan memerintah dan membela nasib rakyat dan memajukan Bumi Kenyalang itu.
Rakyat Sarawak boleh dikatakan sudah lama dianiayai Kerajaan BN yang memerintah negeri itu, baru sekarang iaitu apabila merasakan kedudukan tergugat baru hendak menjaga hati rakyat dengan menaburkan pelbagai janji termasuk memberi hak milik tanah yang sudah lama dimohon.
Rakyat Sarawak kena contohi rakyati di beberapa negeri yang diperintah pembangkang ketika ini, termasuk Kelantan, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang yang terbukti mentadbir negeri dengan baik dan amanah rakyat tidak diabaikan.
Kalau rakyat mengubah keadaan, sudah pasti mereka yang memperolehi faedahnya kerana kerajaan baru yang memerintah sudah pastikan akan melakukan yang terbaik untuk rakyatnya, bukannya seperti BN yang menganggap rakyat atau pengundi mudah ditipu dengan janji manis yang belum akan dilaksanakan setelah kekal memerintah nanti.
Baru sekarang BN menggunakan slogan Rakyat didahulukan, prestasi diutamakan. Slogan itu boleh diibarat sebagai umpan untuk memperdayakan rakyat, tetapi nasib rakyat akan kekal tidak terbela, malah dibebankan dengan pelbagai kenaikan harga barang dan hutang.klik sini
Home »
» Usah takut kalahkan BN di Sarawak
Usah takut kalahkan BN di Sarawak
Written By canang on Ahad, 3 April 2011 | 4/03/2011 06:54:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan