Home » » Ahmadinejad: Osama ditahan sebelum dibunuh

Ahmadinejad: Osama ditahan sebelum dibunuh

Written By canang on Selasa, 17 Mei 2011 | 5/17/2011 04:52:00 PTG


TEHERAN 16 Mei - Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad (gambar) mendakwa beliau mempunyai maklumat pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden ditahan terlebih dahulu oleh Amerika Syarikat (AS) sebelum dibunuh oleh tentera negara itu.

"Saya mempunyai maklumat sahih Osama ditahan beberapa ketika oleh tentera AS ... sebelum dia dibunuh semasa dalam tahanan mereka (AS).

"Sila ambil pehatian. Ini penting. Mereka (AS) telah menahannya (Osama) untuk beberapa ketika. Mereka membuatkan Osama jatuh sakit dan kemudian membunuhnya," katanya dalam satu wawancara secara langsung dengan sebuah televisyen Iran.

Ahmadinejad menuduh Presiden AS, Barack Obama mengumumkan kematian Osama unutk kepentingan politik, dengan lain perkataan, mereka membunuh Osama kerana Obama mahu mempertahankan jawatan pada pilihan raya Presiden AS pada tahun depan.

Pada 4 Mei lalu, Menteri Pertahanan Iran, Ahmad Vahidi juga meragui kematian Osama, sambil menyatakan 'ada keraguan' berhubung cara Osama dibunuh.

AS berkata: 'Mereka membuang mayat Osama di laut. Mengapa mereka tidak membenarkan pakar bebas memeriksa mayatnya untuk mengesahkan ia mayat Osama,'' kata Vahidi. - AFP
Share this article :

1 ulasan:

http://pakdoeblogspot.com berkata...

sekedar bertukar link dan tunjuk ajar teknik2 berblog, thx

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger