Home »
» Anwar kekal sebagai penasihat ekonomi Selangor
Anwar kekal sebagai penasihat ekonomi Selangor
Written By canang on Rabu, 18 Mei 2011 | 5/18/2011 09:24:00 PTG
SHAH ALAM 18 Mei - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor walaupun menghadapi pertuduhan liwat di Mahkamah Tinggi.
"Tak ada kena mengena. Saya fikir peranan penasihat ekonomi berkaitan dengan kegiatan ekonomi dan kewangan tapi saya fikir dalam kes ini peranannya adalah berbeza sama sekali,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri di sini hari ini.
Beliau ditanya sama ada jawatan Anwar itu akan dikaji semula berikutan perbicaraan kes liwat yang dihadapinya dan isu rakaman video seks yang didakwa melibatkan seorang pemimpin pembangkang mirip Anwar.
Di KUALA LUMPUR, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, Anwar akan kekal sebagai pemimpin pakatan pembangkang.
"Tiada pengganti pemimpin pembangkang dan ia tidak perlu selagi beliau masih seorang MP (Anggota Parlimen) beliau masih pemimpin pembangkang,” katanya kepada pmeberita di sini.
Isnin lalu, Mahkamah Tinggi memerintahkan Anwar, yang juga Anggota Parlimen Permatang Pauh dan penasihat Parti Keadilan Rakyat, membela diri atas dakwaan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, tiga tahun lalu. - Bernama
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan