Home »
» Lipas lompat, lintah bernama T-rex ditemui
Lipas lompat, lintah bernama T-rex ditemui
Written By canang on Ahad, 29 Mei 2011 | 5/29/2011 04:00:00 PTG
Seekor lipas yang boleh melompat, kulat yang bersinar di dalam gelap, bakteria pemakan karat dan lintah yang digelar T-rex adalah antara 10 spesies baru yang ditemui di seluruh dunia, tahun lalu.
Semua haiwan pelik itu ditemui di Brazil, Madagascar, Afrika Selatan, Peru, Filipina, Amerika Syarikat, Teluk Mexico dan Laut Atlantik Utara.
Lintah yang dinamakan sempena dinosaur ganas pemakan daging itu ditemui dalam hidung seorang lelaki di Peru dan mempunyai rahang kuat serta gigi gergasi walaupun hanya berukuran kurang lima sentimeter.
Sementara itu, saintis di Kanada dan Sepanyol menemui bakteria yang memakan besi karat di kapal Titanic yang tenggelam pada 1992 di lautan Atlantik.
“Saintis percaya bakteria ini berguna untuk menghapuskan kapal lama dan pelantar minyak yang karam,” menurut Institusi Penyelidikan Spesies Antarabangsa di Universiti Arizona yang mengeluarkan senarai tahunan itu.
Penyelidik juga menemui spesies lipas yang boleh melompat seperti belalang di Afrika Selatan dan didapati mempunyai sepasang kaki yang dicipta khas untuk
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan