Home » » Panas!!!!Suara Keadilan edisi 15 papar isu hangat

Panas!!!!Suara Keadilan edisi 15 papar isu hangat

Written By canang on Rabu, 11 Mei 2011 | 5/11/2011 08:00:00 PTG


Edisi ke-15 Akhbar rasmi Parti KEADILAN Rakyat, Suara Keadilan tampil dengan pendedahan yang lebih eksklusif dan berani membongkar skandal kerajaan Umno- Barisan Nasional. Terbaru, rasuah pembelian kapal selam Scorpene berjumlah RM32.5 juta yang disiasat pihak berkuasa Perancis, menghiasi muka depannya.

Pendedahan dua lagi rasuah Scorpene itu dibuat sendiri oleh Pengarah Urusetia Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gibrael masing-masing RM30 juta dan RM2.5 juta selepas lima bulan siasatan dilakukan.

Paparan mengenai fitnah Datuk Shazryl Eskay Abdullah, salah seorang Trio Datuk T terhadap Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut dibongkar dan menjadi santapan pembaca di muka surat kedua.

Sementara itu, Suara Keadilan lebih hangat dengan memaparkan surat terbuka bekas Ketua Siasatan Jenayah Kuala Lumpur yang menyiasat insiden mata lebam Anwar pada 1998, Datuk Mat Zain Ibrahim kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

Dalam surat terbukanya itu Mat Zain meluahkan kekesalannya terhadap PDRM kerana terlalu mengikut karenah Peguam Negara, Ghani Patail sehinggakan tidak mampu bergerak bebas. Ghani juga dilabelkan sebagai merosakkan imej negara di kaca mata antarabangsa.

Selain itu, Suara Keadilan turut membongkar pengambil alihan industri gula oleh Felda dari raja gula, Tan Sri Robert Kuok- di kala kerajaan pula sewenangnya menaikkan harga barang makanan itu.

Pengambilalihan monopoli gula itu dilakukan Felda Global Ventures Holdings dengan nilai RM1.2 bilion tunai dan disenarai dalam Bursa Malaysia April lalu.

Menariknya keluaran ke-15, Suara Keadilan menampilkan pelakon terkenal Man Kadir atau nama sebenarnya Abdul Kadir Abdul Manaf.

Beliau yang lebih sinonim dengan gelaran Pak Jabit menerusi filem Hantu Kak Limah Balik Rumah itu yakin Pakatan Rakyat mampu mengangkat maruah seni Malaysia.

Ia dipapar menerusi slot temubual Q & A di muka surat 10.

Bagi ruangan rencana pula, Suara Keadilan menyiarkan rencana menarik untuk bacaan pembaca, antaranya ditulis Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad yang membicarakan penahanan Kadir Hashim, seorang Orang Kelainan Upaya (OKU) di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Yang ditunggu-tunggu juga pastinya buah tangan terbaru penulis dan Aktivis Hishamuddin Rais yang kali ini dengan paparan rencana bertajuk Matinya Seorang Osama di muka 22.

Suara Keadilan kali ini turut memaparkan ruangan berita khas isu di Sarawak muka 24 dan 25 yang memfokuskan kepada gerak kerja dan pilihan raya akan datang bagi mendapatkan beberapa kerusi Parlimen yang dikenal pasti berpotensi tinggi dimenangi Pakatan Rakyat (PR).
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger