KUALA LUMPUR - Seorang pelakon era 70-an yang membintangi drama “Langit tidak selalu cerah”, Mokhtaruddin Mohd. Saad, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Selayang terhadap pertuduhan mencabul seorang pelajar.
Mokhtaruddin, 56, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Muhammad Najib Ismail.
Tertuduh yang juga merupakan pengasas kepada pertubuhan Raudah iaitu sebuah badan kebajikan, didakwa melakukan kesalahan itu terhadap pelajar perempuan berusia 13 tahun, di Asrama Raudah di No 336, Batu 11, Gombak pada 2.30 petang, 1 Mei lepas.
Dia yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana antara dua, jika sabit kesalahan. - Bernama/kosmo
Home »
» Pelakon drama veteran didakwa cabul pelajar
Pelakon drama veteran didakwa cabul pelajar
Written By canang on Ahad, 8 Mei 2011 | 5/08/2011 07:10:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan