Home » » Unsur pemujaan jin dikesan

Unsur pemujaan jin dikesan

Written By canang on Khamis, 26 Mei 2011 | 5/26/2011 10:51:00 PG


MERLIMAU - Dua pusat perubatan di negeri ini kini dalam pemerhatian untuk diwartawakan sebagai ajaran sesat selepas dikenal pasti mempunyai unsur pembomohan dan pemujaan jin.

Pusat perubatan yang berselindung di sebalik nama pusat perubatan Islam itu dikesan menyeleweng dari ajaran Islam.

Mufti Kerajaan Negeri, Datuk Rashid Redza Md Saleh berkata, Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) sudah mengenal pasti kedua-dua lokasi itu dan pihak berkenaan juga sudah dipanggil bagi melalui proses muzakarah akidah, sebelum tindakan penguat kuasaan undang-undang diambil.

Beliau berkata, melalui beberapa bukti termasuk buku ditemui di pusat yang melakukan kegiatan berkumpulan itu, ia didapati menyeleweng.

Justeru, katanya, jawatankuasa fatwa sedang meneliti dan mempertimbangkan empat isu untuk diwartakan termasuk garis panduan pembomohan, penggunaan azimat, kepercayaan kurafat dan fahaman liberalisma serta pluralisma menurut prospektif Islam.

“Mereka pada mulanya menjalankan perubatan ke atas seorang individu menggunakan kaedah menyebut ayat suci al-Quran, namun dicampurkan dengan ayat-ayat pemujaan.

“Bagaimanapun, siasatan dan pemantauan sentiasa dilakukan dari semasa ke semasa terhadap ajaran disyaki menyeleweng dari akidah seperti unsur pembomohan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian selepas Seminar Pemantapan Akidah dan Perpaduan Ummah peringkat daerah Jasin di Auditorium Titanium Politeknik Merlimau, di sini semalam.

Majlis dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Negeri Hal Ehwal Agama Islam negeri, Datuk Yaakub Amin.

Selain itu, Rashid Redza berkata, ajaran sesat yang direka beberapa individu seperti ajaran Asalama juga dikenal pasti masih aktif di negeri ini berdasarkan bukti ditemui.

Menurutnya, ini termasuk memulakan kelas mereka selepas jam 12 tengah malam dan berlokasi dalam rumah, selain pengikutnya perlu memberi sedekah kepada ketuanya.

Beliau berkata, sebanyak 14 fatwa sudah diwartakan sebagai ajaran sesat di negeri ini; antaranya, al-Arqam, Qadiani Syi’ah, kumpulan Black Mental, ajaran budi suci, senaman yoga dan kepercayaan angka 786
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger