Home » » 30 GRO 'istana' dicekup polis

30 GRO 'istana' dicekup polis

Written By canang on Jumaat, 3 Jun 2011 | 6/03/2011 02:00:00 PTG


GEORGE TOWN – Kegiatan sebuah pusat karaoke eksklusif yang menawarkan layanan umpama maharaja kepada para pelanggan terbongkar apabila diserbu di Pulau Tikus dekat sini kelmarin.

Dalam serbuan pukul 8 malam oleh sepasukan polis dari Cawangan Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman itu, seramai 30 gadis asing yang merupakan pegawai perhubungan pelanggan (GRO) berusia di antara 19 dan 32 tahun diberkas.

Difahamkan, gadis-gadis itu diarahkan untuk berperanan seperti ‘dayang istana’ kepada pelanggan apabila mereka dikehendaki menyuap makanan atau buah-buahan, rela diraba, membuka pakaian dan mengadakan hubungan seks.

Setiap pelanggan pula akan diberi seramai dua hingga tiga ‘dayang’ untuk dilayan dengan membayar RM160 setiap seorang.

Ketua Operasinya, Asisten Supritendan Shahrulnizam Jaafar berkata, dalam serbuan di premis yang terletak di sebuah pusat beli-belah itu, pihaknya menahan 29 GRO China, seorang Vietnam dan beberapa pekerja.
Share this article :

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ini betina2 pelacur ni sume kafir dan bukan melayu...pelanggan betina ni pun rasanya bukan melayu dan bukan islam...tolonglah jgn panggil betina2 ni china doll...betina2 ni najis senajis najisnya...mengotorkan negara kita dan membusukkan nama malaysia...betina2 ni tak setaraf dengan binatang pun...tlg lah humban betina2 ni balik negara asal...

she

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger