Majikan nafi sekat kebebasan seksual pekerja
Firma gergasi elektronik Western Digital menafikan pihaknya menamatkan kontrak seorang pekerja hanya semata-mata kerana wanita itu aktif dalam seks. Sebaliknya syarikat itu berkata mereka “menghormati hak peribadi dan kebebasan individu”.
Dalam jawapannya kepada Malaysiakini lewat petang semalam, Western Digital berkata konglomerat Amerika Syarikat itu akan hanya bertindak ke atas pekerja yang terbabit dalam “aktiviti seksual ketika dalam waktu bekerja”.
“Western Digital tidak memantau aktiviti sah yang dilakukan di luar tempat kerja. Bagaimanapun pelawat tidak dibenarkan berada sekitar tempat kediaman pekerja kami... untuk keselamatan dan juga menjaga norma-norma budaya tempatan,” katanya.
Western Digital mengulas aduan pada borang rasmi yang dibuat kepada jabatan sumber manusia syarikat itu di Kuala Lumpur oleh seorang pekerja wanita yang mendakwa beliau dirotan kerana didakwa mengadakan hubungan seks.
Dalam borang aduan yang tidak bertarikh itu, pekerja berkenaan mendakwa kontraknya ditamatkan kerana beliau gagal dalam ujian perubatan.
Apabila ditanya lanjut, beliau dimaklumkan alasan kegagalan ujian perubatannya adalah kerana dia dikatakan pernah mengadakan hubungan kelamin. Ini dinafikan oleh pekerja tersebut.
Menurut Western Digital, - Fomema Sdn Bhd, agensi yang dilantik oleh kerajaan untuk menyaring kesihatan pekerja migran - memutuskan pekerja yang hamil atau HIV positif tidak boleh lulus dalam ujian berkenaan.
“Mengikut peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia, kegagalan dalam ujian pemeriksaan itu akan menyebabkan pekerja berkenaan dihantar pulang ke negara asal mereka atas perbelanjaan broker pekerja atau majikan,” katanya.
Home »
» Aktif seks, kontrak pekerja wanita ditamatkan:Nak buat seks diluar waktu kerja... Majikan nafi sekat kebebasan seksual pekerja
Aktif seks, kontrak pekerja wanita ditamatkan:Nak buat seks diluar waktu kerja... Majikan nafi sekat kebebasan seksual pekerja
Written By canang on Rabu, 8 Jun 2011 | 6/08/2011 09:05:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan