Home » » VIDEO : Pemimpin Yang Bagus, Di Belakangnya Ada Pegawai Yang Cekap

VIDEO : Pemimpin Yang Bagus, Di Belakangnya Ada Pegawai Yang Cekap

Written By canang on Sabtu, 11 Jun 2011 | 6/11/2011 11:55:00 PTG

SEPANG 11 JUN : Kebolehan dan kemampuan seseorang pemimpin itu mencerminkan sikap pegawai kerajaan yang menjadi tonggak kepada sesebuah institusi tersebut, menurut Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ujarnya, pegawai kerajaan yang cekap dan efisyen dalam menjalankan tugas, dapat memastikan kebajikan rakyat terjamin.

"Sistem kita ini sistem feudal, anda mengampu, anda selamat, rasuah tidak mengapa, kerja lembab tidak apa asalkan taat.

"(Tetapi sebenarnya) pegawai ini banyak peranannya. Kalau pegawai itu rasuah, sebab orang atasnya mengamalkan rasuah. Kalau pegawai itu tak cekap, ia sebab pimpinan tak kawal dengan baik," tegas Anwar dalam Ceramah Perdana Agenda Negeri Selangor di sini ,semalam.

Anwar menyatakan demikian mengulas mengenai mutu perkhidmatan awam dan pegawainya yang dianggotai majoriti Melayu yang bukan sahaja dikritik, malah dipandang sinis oleh rakyat sendiri.

Malah ramai kakitangan awam dipandang serong kerana terlibat dengan kerenah birokrasi,penyelewengan dan salah guna kuasa.

Menurut Anwar, hal itu tidak seharusnya berlaku jika pemimpin mereka menyelia tugas dan memastikan kerja terbaik dilakukan.

Beliau turut menyatakan betapa prinsip Pakatan Rakyat akan memastikan perkara seperti ini tidak lagi berlaku pada masa depan.

"Saya ada banyak pengalaman saya, di banyak kementerian, pertanian, pendidikan, kewangan. Pegawai-pegawai kerja sampai pukul 2-3 pagi. Tak perlu marah untuk kerja rakyat. Sekarang semua nak sambung hari lain. Nak naik pangkat kena ampu. Kalau pegawai nak naik pangkat sebab kerja baik, kena sokong Pakatan Rakyat dan hentikan perkara ini," kata Anwar lagi.

Justeru, pimpinan dan pegawai kerajaan Pakatan Rakyat khususnya di Selangor katanya harus jelas dengan kepentingan pentadbiran bersih, telus, bertanggungjawab serta efisyen dalam memastikan rakyat mendapat manfaat sebaiknya.

"Selangor mesti memacu pertumbuhan. Kalau tak membangun, cukai tak bertambah. Kena cari pelabur. Pejabat Daerah, Majlis Perbandaran kena percepatkan mana-mana pihak yang nak melabur. Tapi jangan lupa matlamatnya. Dalam Al-Quran prinsipnya jelas, pembangunan tidak boleh lari dari pembangunan insan," tegas Anwar lagi.

Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger