Home » » Gara-gara Baju-T Bersih, Seorang Pemuda Dihalau Keluar Masjid

Gara-gara Baju-T Bersih, Seorang Pemuda Dihalau Keluar Masjid

Written By canang on Isnin, 27 Jun 2011 | 6/27/2011 02:00:00 PTG

LIKAS 27 JUN : Gara-gara kerana mengenakan kemeja-T Bersih 2.0, seorang pemuda dilaporkan dihalau oleh seorang ahli jawatankuasa Masjid Bandaraya Likas, Sabah kelmarin.

Sehubungan itu, Dewan Pemuda PAS kawasan Sepanggar melahirkan rasa kesal dengan tindakan ahli jawatankuasa masjid berkenaan.

Blog Pemuda PAS Sepanggar melaporkan kejadian itu berlaku di masjid tersebut kelmarin, lapor Harakah Daily hari ini.

Pemuda yang tidak mahu namanya dikenali itu, sememangnya sering bersolat di masjid tersebut telah dihalau keluar dari masjid ketika selesai bersolat Maghrib.

Selain menghalau pemuda tersebut, ahli jawatankuasa masjid tersebut didakwa telah mengeluarkan kata-kata kesat dengan menuduh pemuda tersebut sebagai munafik.


Tidak cukup dengan kata-kata kesat, dia turut didakwa menolak pemuda tersebut dengan kasar.

Situasi yang memalukan itu akhirnya dileraikan salah seorang ahli kariah yang masuk campur dan dengan nada yang tegas menegur AJK masjid tersebut kerana sikapnya yang memalukan.

 

Dewan Pemuda PAS Sepanggar melihat perkara itu sepatutnya tidak berlaku.

Sehubungan itu, Dewan Pemuda PAS Sepanggar menggesa agar jawatankuasa Masjid Bandaraya segera mengambil tindakan terhadap ahli jawatankuasa terbabit  di atas sikapnya yang merosakan imej masjid.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger