Home » » Helah duda jerat gadis Orang Asli

Helah duda jerat gadis Orang Asli

Written By canang on Ahad, 26 Jun 2011 | 6/26/2011 11:15:00 PG

TAMPIN: Jijik apabila seorang duda berusia 40 tahun tergamak menggunakan agama sebagai helah untuk memerangkap seorang gadis Orang Asli sebelum bertindak merogolnya.

Difahamkan, gadis berusia 15 tahun itu dari sebuah Kampung Orang Asli Raub, Pahang, dijanjikan duda berkenaan untuk diberi kemewahan jika bersetuju menukar agama dan mengahwininya. Bagaimanapun, apa yang berlaku adalah sebaliknya apabila gadis berkenaan dipercayai dirogol lelaki berkenaan sebelum upacara pengislaman dan akad nikahnya berlangsung di Gemencheh, di sini. Menurut sumber, kerana percaya janji manis duda berkenaan gadis itu sanggup meninggalkan ibu bapanya untuk mengikut


lelaki berkenaan ke Kampung Batang Rokan, Gemencheh. “Gadis malang itu rela dirinya dirogol sebanyak dua kali, pertama pada awal pagi 15 Jun lalu dan berulang sekali lagi pada 17 Jun waktu yang sama dalam rumah lelaki berkenaan,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam. Sumber berkata, rahsia perbuatan duda yang pernah berkahwin dua kali itu dan mempunyai dua anak perempuan berusia 17 serta 20 tahun terbongkar apabila ibu bapa mangsa datang ke rumah lelaki berkenaan selepas anak mereka hilang. “Gadis berkenaan yang tidak pulang ke rumah selama lima hari menghubungi ibu bapanya menceritakan kejadian yang menimpanya sebelum ibu bapanya datang mengambilnya dan membuat laporan polis,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Wooi Kooi Cheang mengesahkan menerima laporan kes itu.


“Kami sudah menahan lelaki berkenaan yang bekerja sebagai pemandu jentolak di rumahnya pada 21 Jun lalu, kira-kira jam 2 petang,” katanya. Beliau berkata, lelaki itu kini ditahan reman selama tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger