JAKARTA: Jakarta semalam mengkritik hukuman memotong kepala dengan pedang terhadap seorang pembantu rumah Indonesia yang didapati bersalah membunuh isteri majikannya di Arab Saudi.
Wanita terbabit, Roiaiti Beth Sabotti Sarona, berdasarkan satu terjemahan dari bahasa Arab didapati bersalah membunuh wanita Arab Saudi, Khairiya binti Hamid Mijlid dengan berulang kali menghentak kepala majikannya itu dengan pemotong daging dan menikamnya di leher, kata pihak berkuasa Arab Saudi.
Beliau dihukum di wilayah barat Makkah kelmarin.
“Tanpa prejudis terhadap sistem perundangan di Arab Saudi, kerajaan Indonesia mengkritik bahawa hukuman dijalankan tanpa melihat amalan antarabangsa berkaitan perlindungan konsular.
“Kami menyedari kes itu dan beliau mengakui pembunuhan itu. Tetapi kami tidak dimaklumkan masa hukuman terbabit,” kata jurucakap kementerian luar, Michael Tene kepada AFP.
Kerajaan akan memanggil duta Arab Saudi di Jakarta untuk menyatakan kebimbangan mereka, kata Tene.
Kira-kira 70 peratus daripada 1.2 juta penduduk Indonesia bekerja sebagai pembantu rumah di Arab Saudi, kata pegawai terbabit.
Hukuman memotong kepala itu menjadikan bilangan hukuman pada tahun ini sebanyak 28, menurut pengiraan AFP berdasarkan laporan kumpulan hak asasi kemanusiaan dan laporan rasmi.
Kesalahan merogol, membunuh, rompakan bersenjata dan pengedaran dadah boleh membawa hukuman mati di negara Arab Saudi. – AFP
Home »
» jakarta kritik hukuman pancung kepala rakyatnya
jakarta kritik hukuman pancung kepala rakyatnya
Written By canang on Isnin, 20 Jun 2011 | 6/20/2011 05:00:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan