Home » » Muslimat PAS Perak digesa sahut Bersih 2.0  

Muslimat PAS Perak digesa sahut Bersih 2.0  

Written By canang on Ahad, 19 Jun 2011 | 6/19/2011 09:33:00 PG

IPOH, 19 Jun: Seluruh ahli muslimat PAS Negeri Perak digesa untuk menyahut seruan berhimpun secara aman di Kuala Lumpur pada 9 Julai ini.

Ketua Muslimat PAS negeri, Dr Najihatussalehah Ahmad berkata, himpunan yang dikenali sebagai Bersih 2.0 adalah anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil kearah menuntut pihak SPR mengadakan satu pilihan raya yang lebih adil dan telus pada Pilihan Raya Umum yang ke-13 .

Katanya, Bersih 2.0 dianjurkan bagi menuntut lapan tuntutan, iaitu membersihkan senarai daftar pengundi, mereformasikan undi pos, penggunaan dakwat kekal, akses media bebas dan adil, tempoh minimum 21 hari berkempen, kukuhkan institusi awam, menghentikan rasuah dan politik kotor.

Menurutnya, pada himpunan Bersih yang pernah diadakan sebelum PRU 12 iaitu pada 10 November 2007 yang lalu, rakyat Malaysia  telah sama-sama meledakkan kebangkitan bagi menuntut sebuah demokrasi yang bersih dalam satu himpunan  yang berjaya menghimpunlan hampir 100,000 rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang.

Beliau menambah, jika selama ini kerajaan Umno-BN melaungkan slogan “rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan”, maka sewajarnyalah tidak menghalang himpunan aman Bersih ini.

Ini, katanya ,kerana himpunan ini adalah himpunan rakyat yang prihatin terhadap kepincangan pentadbiran negara khususnya dalam sistem pilihan raya.

Pihak pemerintah, kata belau khususnya Kementerian Dalam Negeri sewajarnya mengarahkan anggota keselamatan menjaga keamanan  serta mengawal lalu lintas bagi memastikan himpunan ini diadakan dalam keadaan yang terkawal tanpa provokasi mana-mana pihak.

Katanya, kuasa polis untuk mengawalselia sebarang himpunan atau perjumpaan serta perarakan sangat jelas dinyatakan dalam perkara 27 Akta Polis, maka sewajarnyalah rakyat atau orang ramai diberikan kebebasan untuk bersuara bagi menuntut sebuah pilihan raya yang lebih adil dan telus.

Beliau menambah, pilihan raya yang diadakan  4 atau 5 tahun sekali adalah penting bagi rakyat Malaysia kerana daripada keputusan pilihan raya umum atau negeri  itulah yang bakal menyaksikan corak  pemerintahan yang akan dirasai oleh rakyat Malaysia samada memberi kesejahteraan atau membebankan rakyat Malaysia.

“Dengan ini, Dewan Muslimat PAS Negeri Perak memandang perkara ini sangat penting dan perlu diperjuangkan untuk menyedarkan pihak-pihak berwajib tentang tanggungjawab dan amanah mereka serta untuk meneruskan kelangsungan perjuangan menegakkan negara berkebajikan di bumi Malaysia di bawah Pakatan Rakyat,” katanya.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger